JOM LAYAN IKLAN

Monday, February 2, 2015

KECEWA SEORANG GURU

Minggu lepas keputusan keluar.... siapa yang cikgunya bajet dia cemerlang maka cemerlanglah dia... kalau cikgu dia tengok dia lost semacam sepanjang sesi... maka sukarlah nak kata dia boleh lulus dengan baik.

Memang emo sejak keputusan keluar.... kalau gagal sahaja tak apa... tp dikata kita ni pulak yang salah mengajar.. :(  kalau salah kenapa budak yang konsisten cemerlang akan cemerlang.  Bukannya amik tuition pun... bukan lah nak kata kita nih bagus sangat... tp pantang I kalau student kata kita ngajar salah... yang duduk belakang tp ek eo ek ok... sembang memanjang.... mintak homework tak buat .... dah sah sah keluar semua dari buku.. senang kata ala bulat bulat lah.... jadi apa kes??

Sekarang semua kaki tangan awam guna sistem pencapaian KPI... kalau macam tu mmg lah i tak ikut KPI.... kalau tak diizinkan pergerakan gaji mmg I tak dapat lah....

Selama ni ramai pelajar gagal... tp selama ini juga tak ada yang mengutuk... mungkin ini wake-up call untuk diri sendiri.. diri ini pun kena banyak muhasabah dalam dunia pendidikan....

Lepas nih kalau jadi cikgu kelas... memang I akan kejar lah siapa yang asyik tak datang... homework akan I kutip sampai ke lubang cacing... muka kasi garang sikit.  Kalau tak nak hantar hwork macam mana..? suruh dia hantar kertas kosong dan cikgu akan compilekan kertas tu bebanyak...

Haish.....
Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...