JOM LAYAN IKLAN

Wednesday, December 10, 2014

DOSA MENINGGALKAN SOLAT

Kali ni nak buat entry Islamic sikit sebagai peringatan untuk diri sendiri dan orang-orang tersayang tak lupa juga untuk semua umat Islam.... Ingat.. saya bukanlah ustazah ke para alim ulama'.. tapi saya juga mahukan Jannah.  Kalau salah tegur lah saya... Kita baca secara santai aja ya... hanya refleksi diri saya...



INGAT!!! 

  1. BEZA ORANG ISLAM DENGAN ORANG BUKAN ISLAM ADALAH SOLAT. Seseorang yang redho Islam sebagai agamanya, akan redho dengan tuntutan solat 5 waktu ini. Saya bangga bahawa Islam meletakkan syarat bahawa solat adalah penting.. Memang tampak beza status Islam jika dibandingkan dengan status agama lain yang lebih menunjukkan cara ibadah mereka lebih tampak kepada bentuk doa.. (grace) Namun tiada bentuk pergerakan khusus untuk penyembahan TUHAN YANG SATU. Solat yang dituntut 5 kali sehari ini jika dibuat dengan hati dan perasaan yang tulus sudah pesti menjadi idaman untuk setiap muslim.  Tetapi saya sedih terhadap diri sendiri kerana sering mengabaikan kepentingan solat.  Saya kenal seorang pakcik yang baru masuk Islam.. namun solat 5 waktunya pasti di surau atas masjid... Dia akan risau kalau tak solat di surau atau masjid... bukan risau apa... dia amat paham akan ganjaran mengerjakan solat di tempat tersebut... saya pula... haish.... (sigh).  
  2. ORANG YANG MENGERJAKAN SOLAT 5 WAKTU AKAN TENANG HATINYA. Tentu  ada individu (yang bukan Islam atau alasan tak nak solat) akan mengatakan bahawa... "Ala... psikologi tu... pasal dia dah tau akan tuntutan solat.. kalau tak solat mesti rasa berdosa".  Ya kata-kata anda itu betul.... itulah yang telah Allah arahkan kepada naluri kita yang sentiasa mengagungkan Allah yang satu dan tidak beranak dan tidak diperanakkan.  Naluri dan jiwa kita secara lahiriah dan secara tidak sedar sebenarnya  menginginkan kita rujuk kepada yang MAHA BESAR dan MAHA ESA.  Solat gitu-gitu aja ikut waktu pun akan tenang... bila dah dapat solat gitu-gitu aja dalam waktu.. jiwa nakkan yang lebih itu (UPGRADE) iaitu solat diawal waktu.  Bila dah dapat solat diawal waktu.. jiwa nak upgrade lagi... lepas solat baca al-Quran... Apabila dah dapat aja buat itu.. hati ingin lebih upgrade,, iaitu.. buat semua yang itu tetapi berimam dan di masjid/surau pula. Subhanallah... begitu indahnya Solat menurut Islam.... Lagi indah solatnya.. lagi indah jiwanya. Pergh!!!! Nakkan??? Perasaan yang mungkin seperti main DOTA... nak upgrade aja gitu kan? Hihihi..... Saya percaya... kalau dah redho ngan Islam dan solat... mesti seseorang itu dah tak pandang apa-apa pun kepentingan dunia.... kalau macam saya... saya nak rumah lebih besau.. rumah idaman ada kar Ara Damansara ni... Pilmor hihihi Sila cek rege dia brape ya.  
  3. DAH LAH TENANG JIWA RAGA..... SIHAT PULAK TU Kajian oleh Jabatan Bioperubatan UM menunjukkan bahawa pergerakan dalam solat akan memberi manfaat untuk jantung tulang belakang, perhatian dan daya ingatan.  Mmmmm...... tepuk dada tanya selera lah saya dengan kualiti solat saya. Bukti banyak penyakit dah nih... 
  4. YANG PALING TAKUT ADALAH AZAB ALLAH....... Astaghfirullah..... Inilah yang paling takut..... Orang bukan Islam boleh lah kata... "Eeeee.... takutnya dia kat tuhan dia... Tuhan kita OK aja... nak buat ke tak tak ada paksaan...." Iya ke tak ada paksaan... Orang yang redho akan keperluan solat pasti tak perlu dipaksa... sebaliknya menyedari bahawa itulah komunikasi yang boleh dilakukan dengan pencipta secara direct... tak ada sesiapa sebagai pengantara... nak minta taubat manghapus dosa... minta direct dr Allah.. tak perlu pengantara... tak perlu ada orang lain gadaikan nyawa mintak ampun dosa kita.  Mmmmm meh kita pikir.... kalau BF tak tepon or bg msg marah kan....   siap boleh mintak clash lagi tu.  Si BF or GF boleh kata lagi... "I nih memang tak ada kepentingan dalam hidup U coz U jarang call I. I rindu u tau. U aja tak tau!!... Penat I tunggu. Kalau gitu kita clash aja" Hihihih Amacam??...
INGAT,,,
1.  Janji Allah itu benar...
2.  Syurga dan neraka itu benar..
3.  Al-quran itu benar..
4.  Nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi lain itu benar...
5.  Kiamat itu benar...
6.  Mati itu pasti..

Erm.. sebagai muhasabah diri menjelang tahun baru ini....
Semoga entry ini diberkati Ilahi
Semoga siapa baca dapat hidayah dari Ilahi
Semoga keturunan saya diberkati
Semoga keluarga saya mendapat keredhaan Allah
Semaga kami mati dalam IMAN dalam ISLAM.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...