JOM LAYAN IKLAN

Sunday, March 3, 2013

HAPPY BIRTHDAY SON, ALFATIHAH FOR ABAH

Assalamualaikum to all,

Terimgat kisah setahun yang lalu. Balik Johor sebab adik call kata abah dah tenat.... terus pack nak balik Johor. Siap pack barang baby. Sayang tanya, kenapa pack barang baby? Kita balik sekejap sahaja... Masa tu lah dah ada datang instict seorang ibu.  I boleh beranak kat sana.  Hati dah start sayu. Baru sahaja balik shopping beli keperluan baby dapat pulak shocking news.

Sampai Johor, ternampak kerusi dah diangkut ke luar. Tanya pulak adik yang menyambut. "Siapa teman abah di hospital?" Adik suruh bersabar... masuk rumah terus ternampak abah di ruang rumah. Dah terbujur kaku... lembik badan... mak yang lemah kuat menampung tubuh anak yang dah lembik ini......

Selepas kebumi, selepas tahlil baru terasa baby tak gerak lagi.... pergi terus ke hospital dan akhirnya lahirlah LHA melalui Csec.

Allah maha besar. Dia tahu apa yang dia rancang.

Setahun sudah berlalu. LHA membesar jadi anak yang baik. Sedih abah tak ada tapi gembira tengok anak membesar depan mata .... perasaan yang bercampur baur... suka dan duka... dan bukannya duka sepanjang masa... Alhamdulillah

Semoga abah tenang di sana... semoga sedekah anak2 abah diterima Allah untuk disampaikan kepada abah...

ALFATIHAH kepada ALLAHYARHAM SALLEH BIN YUNOS
Amiin




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...