JOM LAYAN IKLAN

Tuesday, April 10, 2012

AQIQAH + MAJLIS POTONG JAMBUL + TAHLIL 7 HARI ABAH

POTONG JAMBUL ASSOLIEHIN 12 MAC 2012

Mula-mula kita tegok muka papa yang bengang ngan bebudak yang sibuk nak berbincang main "Apa khabar tok harimau"


Papa makin pening bila bebudak masih aktif dan tak nak ikut cakap papa.. pasal papa risau karpet kotor :D



Papa yang blur2 bawak Assoliehin untuk dipotong jambul kiutnya.. Papa Wadie n Abg Tahir membantu insan blur2 ini.



Papa Kid ngan Mamanoe sentiasa di sisi tak kira apa musim :D

Ini lah rahmah Allah... rezki yang diberi dan yang ditarikNya.
Kalau orang lain hari Tahlil hari ke7 tentu masih berendam air mata.... kami sedih jugak tapi tak lah sampai berendam air mata.... coz kami turut ada air mata gembira. Disamping buat kenduri tahlil kami buat sekali kenduri potong jambul... 

Plan asal nak buat hari ke 7 tetapi masjid kat sini sibuk buat sambutan Maulid Nabi. jadi buatlah hari ke8 iaitu hari Isnin. Alhamdulillah ramai yang datang termasuklah yang non-muslim. Since buat tahlil pun nak kena bagi orang makan... maka kami pun buatlah aqiqah tumbang 2 ekor kambing untuk Assoliehin. Bagi gak makan kambing aqiqah kat nonMuslim.....

Sampai lah mak bagi tahu hukumnya.  Bukannya tak tahu tapi kelibut masa haritu sampai terlupa. Patutnya diasingkan daging aqiqah tu.  Nasiblah mak tahu apa nak dibuatnya.  Maka anggaran daging yang dimakan itu pun diganti dan disedekahkan.  Ingatkan kena tumbangkan 2 ekor lagik :D

Untuk Catering kami order dari jiran yang amat berpengalaman... Pak Akob. Memang sedap. Semua puji makanan sedap. Alhamdulillah. Mummy tak makan pun lauk2 tu... maklumlah..pantang lagi kan.... dua ekor kambing siap masak RM2k. Campur ngan makanan lain lagi maka pandai2lah kira.  Semua yang hadir diberi  goodie bag... tak lah canggih mana isi dalam tu... adalah telur ngan gula2 n kerepek.  tukang bungkus... papa kid, mamanoe, tok2, dan ramai lagik pasal goodie beg hanya dibungkus pukul 7 dan tahlil start pukul 9 mlm :D Gitu kabutnya kami aritu... orglen lah...mummy terperap jer dlm bilik... Ingatkan goodie beg mummy nak buat tapi tok mak siap beli barang pun dah  ptg :D

Alhamdulillah... semua berjalan ngan lancar.... terima kasih kepada semua yang hadir dan membantu :D

Semoga Lionel Hakeem menjadi anak yang soleh...
DAN
Semoga Abah tenang di sana.

Amiin





1 comment:

Anonymous said...

salam akak..boleh provide kan num telefon pak akob x?saya interested nak amek catering dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...