JOM LAYAN IKLAN

Tuesday, April 24, 2012

PUREEN WAREHOUSE SALES APRIL 2012

Akhirnya dapat gak pergi Pureen warehouse sales. Dua hari berturut2 pulak tu! Pergi dengan Mamanoe and my MIL.  Lepas check-up ari Sabtu aritu.. papa bagi izin pergi.. n papa babysit assoliehin :D bertolak dekat pukul 1 .. bila sampai kat bulatan rothmans tu (yang sekarang dah jadi simpang 4) mak ai... dia punya jem punya lah teruk.... ramai yang parking kat tepi jalan dari Tobacco Co tu.  Takut nak park kat luar... baik park dalam bangunan.  Org ramai manatau penyangak pun ramai gak.  Lagi pun buat jem lagi teruk kalau park kat luar tepi jalan. We all park dlm a building. Mula2 dia kata setiap jam RM3... tapi  kami bayar RM3 ajer selepas 3 jam meredah lautan manusia :D

Masuk2 dah memang ramai orang. Masuk kena beratur.... dan ramai pun dah beratur untuk bayar.  First counter tempat jual losyen. Pastu ada produk makanan baby. Then barulah botol2. Murah jugak botol2 nih. Tempted nak beli.. nak2 yang ada gambor berLion tu dan yg ber anti-colic..... Tapi dibatalkan aja niat .... Nasib baik jugak tak beli pasal mama ana bagi botol canggih tupperware lagik :D

PERANGAI SHOPPERS
Memang seperti yang disembangkan dalam SNS....ramai yg ambil baju banyak2 then pilih2 pastu longgokkan kat tepi jalan.... we all dah tak dapat yg best2... then pergi kat yg dilonggokkan kat situ lg baik dr pergi  kt kotak2 tu.  Kami pun duduk kat tepi jalan tu... tp baju yg bukan pilihan kami letak balik dalam kotak... and KAMI TAK LAH AMIK SUKA HATI BANYAK2 AND THEN LONGGOK BANYAK2!! Ada tu siap boleh pilih2 masa nak beratur membayar and then longgok kat Q tu jugak!! Sabor jer la!!

Ramai juga parents yang bawak babies yg kecik2.  Yang baru lepas hari pun ada agaknya..... Kesian... patut BEBUDAK KECIK JANGANlah BAWAK... Ada 1 family nih bawak 5 orang anak kecik n sorang dalam stroller. Masa tu kami tgh kira RM takut terkeluar bajet... maknya dengan beraninya suruh anak2nya duduk kat tepi tu.  Dia berpesan gak kat anak2 dia jgn pergi mana2... Kesian tgk kakak tu... kami pun offer diri nak jaga bebudak tu. Nasib baiklah baby dalam stroller tu diam ajer... Kalau assoliehin...jawab ko!!

Then..... I ada nafsu nak beli cam lepas nih tak ada Pureen Warehouse Sales lagik!!!

CERITA YANG DIJUAL
Banyak dan menarik...
Semuanya baju baby lah... toddler mamang tak ada...
Kalau korang tak kisah matchingkan baju anak ikut color kira ok gak... pasal harganya bermula daripada RM3. Memang best.... I beli utk Assoliehin baju warna kuning seluar biru... yang matching gambar kartun nya ajer :D alah.. buat pakai2 kat rumah. Lagi pun sebelum nih beli untuk dia semua baju 6-9 months and 9-12 months...  memang besar... so datang sini beli saiz kecik sket... 3-6 months.

Baju budak perempuan memang lawo2. I beli utk cousin sayang yang baru ajer dapat twins and untuk baby Damia n baby Zinnirah.  So beli baju girls cam lepas gian coz tak ada anak perempuan kan....Kalau sepasang harga dari RM8- RM12.  Memang CANTIK.  Macam tak sedar diri membeli. Baju untuk Damia i beli dapat plak matching sejenis... tp jenuhlah pulak menggali.... sepasang harga RM6.. (RM3+3) Macam kata mamanya beli saiz 6-12 mth utk anak dara 4 bulannya.... tp sendat rupanya!!!

Sabun baby best jugak... I beli sabun mandi baby yang jenis yogurt tu... old packaging RM9 new packaging RM11... Then beli ABD detergent RM10... Nappy cream yang besar RM11. Breast pad utk Ida (disposable 36 pcs - RM20; kain sepasang RM6).. then beli wet wipes...(Borong) Harga lupa plak brapa...

Tak tau nak cerita apa lagik...
Enjoy d pics



Kerja malaun manalah wat tapisan baju kat tengah2 Q




Assoliehin yang sirius... Mama Ana kata dia banyak court case :D
Baju Damia 1 set RM3+3+3 PLUS STOKIN RM5

1/3 yang dirembat

Wednesday, April 18, 2012

PERKHIDMATAN PANTANG (PART 2)

ALHAMDULILLAH.... Dapat juga berpantang dengan bantuan selama 25 hari. 11 hari di kampung dan 14 hari di PJ.


Nenek pun nak tolong hakeem (ada story menarik pasal nenek tercinta nih)


Daun mengkudu buat tuam2 hakeem


Air herba mandian mummy


Siap2 nak tuam hakeem


Mak Lela memulukan operasi tuam2 hakeem



Lepas tuam2 sedap hakeem ngan mummy tdo... 

Perkhidmatan selepas berpantang memang penting.
Untuk itu... sempat jugaklah I dapatkan perkhidmatan selepas bersalin selama 25 hari: 11 hari di kampung dan 14 hari di PJ

Dah rasa ngan 2 orang confinement lady yang berbeza... dengan perkhidmatan yang berbeza.

Kat kampung, I berurut dengan Mak Lela... dia ni tukang urut kat istana Johor jugak. Charge dia RM70 sehari ... mandikan baby... urut tuam baby mandikan and urut maknya. Dia datang seawal 8 pagi and semuanya siap pukul 12 tgh hari gitu.  Mak lela mandikan I dengan air yang PANAZZZ.  Semasa dimandikan mulut Mak Lela tak putus ngan selawat dan doa.. ubun2 kepala diurut BEZT... bahu2 diurut juga... Bila mengurut baby mahupun maknya sekali lagi mulut Mak Lela akan berselawat.... cerita pun cerita jugak.. macam macam dia cerita.. semuanya untuk pedoman.... nasihat.... Untuk hakeem pasal perut kembung... mak lela layur kan daun mengkudu then dea letakkan atas perut hakeem sebelum dipakaina baju. lepas 2 jam diambil lah daun tu balik.  Cara dia sangat mementingkan tradisional dan back to nature. Ini memang I sangatlah suka! :D  We ols lepas urut mesti nak tido berejam... dari kul 12 smpi lah pukul 4 kami boleh tido. hakeem pun sedap tido berbedung lepas urut walaupun bilik tu panaz macam lah sauna :D

(Kalau korag nak khidmat mak Lela silalah roger I yer)

Lepas balik KL dapatkan pulak perkhidmatan berurut daripada Kak Mimah. Ambik perkhidmatan dia untuk 14 hari.  Untuk beberapa hari pertama dia ulang alik dulu.. then dia tinggal dengan kami.  Semasa tinggal dengan kami, semua kerja rumah dia buat.  Untuk si ibu, dimasak, bertungku, bertangas, berurut.  Urut tiap2 hari. Rumah pun dibersihkan baju semua orang dibasuh... baju baby jugak... lauk pauk orang sihat disediakan.  Pendek kata dia buat kerja bibik lah.. tapi bibik yang hi-class... Kalau bibik yang hi-class memang layaklah dibayar RM3k sebulan... (kalau kerajaan nak 1 kerja dengn bayaran RM700 la)... kerja sangat proaktif... orangnya lincah... cakap omputeh pun hebat!! Fakta nutrisi pun dia tau. Fakta refleksologi pun dia tau... Jika nak dibandingkan ngan Mak Lela... dia nih lebih moden. Mandi, i mandi sendiri.. dia cuma sediakan herba mandian and bawak kat bilik air.  Baby cuma dimandikan and kalau ada prob macam baby colic cara dia menuam baby pun moden jugak... Dia pakai iron ajer and 2 kain... kain2 di iron dan diletakkan atas badan baby. Hakeem pernah jugak kena tegur... aasyik lah terkejut2 dia nih.. maka Kak mimah pun amiklah air doa daripada jiran dia untuk dispray dalam rumah.  Alhamdulillah menjadik.  Kalau mak Lela.. dia sendiri yang ubatkan. Coz mak Lela nih nih dia memang org carik kalau ada anak dara jerit2 tengah malam... Cuma kekadang kak Mimah nih akan mintak izin utk balik mengurut orang lain jugak...
Bayaran kak imah RM1900 untuk 2 minggu (14 hari).  bayaran tambang.. ubat, herba, dll semua kita beli sendiri)

Kalau nak ikutkan memang berhabis jugaklah untuk berpantang nih... tak masuk umat makjun lagi.  Tapi I tak nak menyusahlan my mom yang tgh sedih n kabut lepss kematian org tersayang... kesian dia.... Sayang insist untuk I dapatkan kesihatan terbaik.  Alhamdulillah... rasa lebih sihat dan bertenaga sekarang.

Perkhidmatan sepas bersalin bukan sahaja penting.. tp untuk membantu si ibu dan si ayah semasa transisi bujang ke kehidupan berkeluarga (bg kes i lah) or may be untuk si ibu mendapatkan rehat secukupnya selepas melahirkan baby. Bapak2 kena paham keperluan si isteri nih... jangan kata membazir pulak...

Kalau rasa nak jimat pun boleh... si bapa buat semuanya... dapatkan ilmu dan berkhidmatlah untuk isteri kamu :D... kalau nak suruh mak mertua atau mak sendiri tolong boleh... tp jangan pulaklah diambil kesempaan atas orang tua tu... kesian dia... dah lah tua.. now nak  melayang karenah menantu plak... :D (walaupun depa happy ajer sebenarnya) :D

So All the best untuk sesapa yang bakal menimang cahaya mata nnt :D

Thursday, April 12, 2012

KAABAH - MESTI PERGI



Sedikit maklumat berkaitan Kaabah…

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.



DR FB UKHTI ADAWIYAH

Wednesday, April 11, 2012

AMARAN TSUNAMI 11 APRIL 2012





GEMPA BUMI DI ACEH 11 APRIL 2012


TSUNAMI 2004

RUPANYA GEMPA BUMI DEKAT ACEH BERSKALA 8.9 PADA PUKUL 4.38 TADI...
AMARAN TSUNAMI DAH PUN DIKELUARKAN.


HARAP TIADA APA2 YANG BERLAKU SEPERTI GEMPA YANG BERLAKU DI TEMPAT YANG SAMA PADA TAHUN 2004 YANG MENGORBANKAN LEBIH 170,000 YANG TERKORBAN.... GEMPA PADA MASA ITU BERSKALA 9.1


MASA TU I WAS ALONE WITH ASSOLIEHIN... NAMPAK WATER BOTTLE TEPI KATIL BERKOCAK2.  SAYANG N MIL PERGI MYDIN USJ... BERDERAU RASA HATI INI...


CALL MANAGEMENT... MANAGEMENT PUN TAK PERASAN... NAMPAK NYA I SORANG JER YANG TERASA KOT.....
BUAT MASA INI TAK ADA APA2 YANG SERIUS BERLAKU..




PIC CREDITS TO GOOGLE

Tuesday, April 10, 2012

AQIQAH + MAJLIS POTONG JAMBUL + TAHLIL 7 HARI ABAH

POTONG JAMBUL ASSOLIEHIN 12 MAC 2012

Mula-mula kita tegok muka papa yang bengang ngan bebudak yang sibuk nak berbincang main "Apa khabar tok harimau"


Papa makin pening bila bebudak masih aktif dan tak nak ikut cakap papa.. pasal papa risau karpet kotor :D



Papa yang blur2 bawak Assoliehin untuk dipotong jambul kiutnya.. Papa Wadie n Abg Tahir membantu insan blur2 ini.



Papa Kid ngan Mamanoe sentiasa di sisi tak kira apa musim :D

Ini lah rahmah Allah... rezki yang diberi dan yang ditarikNya.
Kalau orang lain hari Tahlil hari ke7 tentu masih berendam air mata.... kami sedih jugak tapi tak lah sampai berendam air mata.... coz kami turut ada air mata gembira. Disamping buat kenduri tahlil kami buat sekali kenduri potong jambul... 

Plan asal nak buat hari ke 7 tetapi masjid kat sini sibuk buat sambutan Maulid Nabi. jadi buatlah hari ke8 iaitu hari Isnin. Alhamdulillah ramai yang datang termasuklah yang non-muslim. Since buat tahlil pun nak kena bagi orang makan... maka kami pun buatlah aqiqah tumbang 2 ekor kambing untuk Assoliehin. Bagi gak makan kambing aqiqah kat nonMuslim.....

Sampai lah mak bagi tahu hukumnya.  Bukannya tak tahu tapi kelibut masa haritu sampai terlupa. Patutnya diasingkan daging aqiqah tu.  Nasiblah mak tahu apa nak dibuatnya.  Maka anggaran daging yang dimakan itu pun diganti dan disedekahkan.  Ingatkan kena tumbangkan 2 ekor lagik :D

Untuk Catering kami order dari jiran yang amat berpengalaman... Pak Akob. Memang sedap. Semua puji makanan sedap. Alhamdulillah. Mummy tak makan pun lauk2 tu... maklumlah..pantang lagi kan.... dua ekor kambing siap masak RM2k. Campur ngan makanan lain lagi maka pandai2lah kira.  Semua yang hadir diberi  goodie bag... tak lah canggih mana isi dalam tu... adalah telur ngan gula2 n kerepek.  tukang bungkus... papa kid, mamanoe, tok2, dan ramai lagik pasal goodie beg hanya dibungkus pukul 7 dan tahlil start pukul 9 mlm :D Gitu kabutnya kami aritu... orglen lah...mummy terperap jer dlm bilik... Ingatkan goodie beg mummy nak buat tapi tok mak siap beli barang pun dah  ptg :D

Alhamdulillah... semua berjalan ngan lancar.... terima kasih kepada semua yang hadir dan membantu :D

Semoga Lionel Hakeem menjadi anak yang soleh...
DAN
Semoga Abah tenang di sana.

Amiin





PUREEN WAREHOUSE SALES APRIL 2012



Teruk la whs nih.....
Baju my Lion Assoliehin dah banyak ... ramai org bagi hamper pureen pulak tu!! So kenapa nak sangat pergi sini??? Papa kita wat stok baju our Soliehin utk tempoh 2 tahun!!! Heheheh

Teruk betullah kalau ada mentality macam nih.... Baju baby pun dah tak tau nak letak mana.  Hamper Pureen pun tak terbukak lagi. Baju yg kekawan bagi pun ada saiz besar... so saiz besar tak payah beli lagik. So kalau pergi pun sebenarnya nak pergi shopping utk org yang kirim.... Pengirimnya.. adik2 I lah :D And nak beli jugak lah sket utk diri sendiri... ala... barang2 cam baby wipes.... sabun basuh.... Baju tak sangat kot.... tak pun beli seluar... pasal baby kurang seluar basahan gak sebanarnya :D

Baju lobang2 amachi dah beli.. pureen gak brand nya... mesti depa beli mahal... rasa galad pulak depa beli. Tok mak pun beli pureen gak... Haish... Pureen kat luar mahal... tak macam whs....

Pasal dia amat murah.. maka ramai yang terejah... maklumlah..silap haribulan dapat baju harga RM3. Seset baju RM6 RM8... kat luar berbelas... murahkan??

Tp masalahnya ramai ke sana tak pulak bertamadun... sape nak tau maksud ni.. pergi aja sendiri kat sana :D

so now nak tunggu abis pantang... tak pernah pulak kira bila hari habis pantang.. janji my sis ada nak tolong bawak ke sana sini :D
Selamat menyerbu!!!

RAYUAN HAJI TAHUN 2012


Rupanya rayuan haji yang abah buat adalah untuk emak....

Itu lah kata-kata abah kepada anak buahnya masa dia datang kahwin anak kak aida nadia...

Kak Aida : Pak Ngah buatlah rayuan haji .. tulis surat
Abah : Aah ...memang nak buat.. nak mak ngah pergi...
Kak Aida : La... pak ngah tak pergi ke... kan pergi sekali...
Abah : (Tersengeh......)

Agaknya abah dah tau dia nak pergi....
Masih terngiang2 betapa happynya abah bila dapat dapat jumpa officer tabung haji walaupun dia tak tau jawapan yang sebenar.

Kelmarin mak pulak lah yang cakap tah apa2....
"Nem... kalau umur ma k tak panjang hanim....."
Kecut jugak hati dibuatnya......

Since abah dah tak ada.... siapa lah pula nak teman mak pergi haji?  Abg sepupu dah sanggup nak tolong abah buat haji badal.  Alhamdulillah....

Tapi masa terpikir2 siapa nak ganti abah untuk pergi haji... kat kepala nih dah terbayang adikku yang baru nak start kerja... or yang tkt 4 tu.... Bukannya apa...diri ini tak ready sesangat lagi.... kelas pun belum pergi.... Kalau buat haji yang pertama biarlah buat dengan tekun dan biarlah hajinya sempurna agar mabrur.... Tapi rasa not fair pulak kalau tetiba suruh adik2 yg lain pergi pulak.... kesian depa.... depa pun nak prepare n nak haji yang mabrur jugak....

Bila abg lan offer diri rasa macam lega sangat... tp sekarang nih persoalannya mak nak buat ikut pakej ke mohasasah. Rasanya baik mak ikut pakej pasal senang untuk mak....tp mak mcm tak nak.... Mak kata baik duit yang ada dicermat jimatkan utk keperluan akan datang..... Kesian mak... mak risau macam2.  mak tau mak tak boleh bergantung sangat kat anak2 dia.... jadi dia mesti berjmat.... Nak menitik air mata dengar mak cakap macam nih.... kesian mak... Macam kata atok.. abah pergi tanpa harta tanpa pesan... tp atok tak tau yang abah sebenarnya pergi tinggalkan banyak pesan.....

Rasanya baik mak buat aja pakej.... duit tu boleh cari lagi mak...insyaAllah :D

Semoga mak anim dapat haji yang mabrur

Thursday, April 5, 2012

MY LION EL-HAKEEM DAH SEBULAN :D


EL- HAKEEM HARI INI


DEDOR DEDOR BADAN RINDU PAPA ARITU MASA KAT JB





EL-HAKEEM DAH SEBULAN!! ALHAMDULILLAH

Dia suka lah nanges... letak jer nanges... letak jer nanges.... bila dah baca macam2 doa barulah dia diam.

Seakarang dia dah nampak bebayang .... angkat kepala pun dah kuat.. Alhamdulillah ...
Tapi mummy risau kekalau ada anasir tak baik kena kat anak mummy yang comel nih ....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...