JOM LAYAN IKLAN

Friday, March 16, 2012

BLOK 3075, BUKIT ALIF




Cousin yang sentiasa memberi semangat


Talkin dibaca.... sayu hati dibuatnya
 

Selamat tinggal Abah.. semoga Roh Abah tenang di sana... Amiin


Sebelum Abah melangkah rumah buat kali terakhir... sempat anim kemas bilik Abah... Banyak kenangan yang abah tinggalkan...

AlQuran yang sentiasa menemani Abah
Tasbih Abah..
Bahan bacaan abah untuk ke Mekah.... Abah tengah baca bahagian - Tempat2 Mustajab untuk berdoa ... (Abah ingin berdoa untuk anak-anak abah...) 
Sekotak duit syiling abah kumpul untuk dibah.....
Keratan akhbar abah mengenai peluang pendidikan under Shell (untuk nor)

Semasa membersihkan bilik dengan Diba terjumpa kotak syiling yang berterabur syilingnya sampai ke lantai...
Kak Nem : Banyakknya syiling Abah
Dibah : Kak Nem... aritu kan diba call rumah tp tak dapat lama coz syiling tak masuk... (diba call nanges2) Then diba call lagi lain hari... abah kata kat Diba... Abah kumpulkan syiling utk Diba... Dia kata dah ada dlm RM30.... nanti Diba boleh call mak selalu......

Anim kemas... biarlah abah tinggalkan bilik ini dalam keadaan yang bersih juga....

Selama membersih... air mata tak tertahan....

Selama membersih... abah dikafankan....

Selama membersih... doa dipanjangkan..... 

AlFatihah untuk Abah

5 comments:

kirana nakia said...

Allahuakbar...alfatihah utk pakcik Salleh..semoga kebaikan arwah menempatkannya diJannah..amin..

pnsusu said...

al fatihan...moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman,,amin

Sizuka said...

Al-fatihah.. semoga roh arwah abah akak ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....

ikanriang said...

7035, blok 2 :)

Hanim Salleh said...

boleh sesat nih....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...