JOM LAYAN IKLAN

Saturday, February 4, 2012

PERGI UMRAH 3 KALI DALAM TEMPOH 2 BULAN



Komen FB

Hari ni cerita lain sedikit.....

Komen ini diberi oleh seorang non  muslim siap dengan ayat daripada Al-Quran lagi.  Mungkin dia tak berapa ariff dengan  selok belok penggunaan ayat al-Quran dalam situasi begini.... pasal takut salah guna n intention tu boleh jadi fitnah pulak pasal kita tak tau situasi sebenar... Hanya Allah maha mengetahui

Ini cuma luahan pendapat diri ini sebagai insan biasa sahaja...

Pertama sekali nakku katakan bahawa aku ini memang tak kaya ... duit tak berkepuk-kepuk di bank seperti orang yang lebih kaya.  Tapi aku redha dengan kehidupan aku.  Menyedari hakikat jumlah RM di akaun peribadiku. aku tak lah nak dengki dengan kemewahan orang  lain.  Mereka memang layak untuk 'lebih' daripadaku sesuai dengan usaha mereka yang lebih rajin daripada aku  dengan mengusahakan dan merealisasikan azam mereka untuk hidup selesa.  

So apa kaitannya dengan SJ kita di atas itu? :  Dia banyak pendapatan tersendiri. Aku andaikan yang halal kerana aku amat percaya dia banyak berbiznes dan elaun nya sebagai seseorang di tampuk yang tinggi tentu AMAT LEBIH daripada aku yang makan gaji ciput tp Alhamdulillah .... So adilkan dia dapat pergi umrah banyak kali.  Bayangkan kalau aku pun boleh elaun tertunggak RM10k inikan pula dia..... Lagi pun aku tak rasalah dia nak berdoa ke sana dengan makan duit haram.... Kalau nak ke sana tentu kita nak duit itu suci sesucinya... bebas riba' apatah lagi rasuah..... Kalau pakai duit haram..buat penat lah berdoa kat Mekah, bukan gitu?

Keduanya, aku memang nak ke Mekah satu hari nanti samada untuk umrah mahupun mengerjakan haji.  Kalau boleh nak beribu kali.  Malah masa kecik2 dulu pernah berdoa agar dicabutkan nyawa dihadapan Kaabah ketika bersujud mengadap Ilahi. kawan2 yang sudah dapat seruan ke sana memang aku irihati tetapi aku tahu bahawa ke sana adalah dengan invitaion khas daripada Ilahi. Aku cuma perlu cukupkan akaun tabung haji aja.  Tapi aku tahu bahawa aku cuma perlu menghubungi mereka, kekawan aku, untuk mambantu aku berdoa akan hajat aku apabila mereka di sana... kerana menyedari besarnya fadhilat berdoa di sana.  Rasanya tak pernah ada orang yang keberatan untuk mwmbantu berdoa untukku malah aku mengandung ini pun mungkin dengan doa sahabatku yang kebetulan berada di sana.  Thanks enal... cerita engkau jumpa pak aji arab yang meraba perut ko kata ko pregnant masa ko sibuk doa untuk aku akan sentiasa aku ingat :D  Berdoa di mana-mana pun boleh berdoa... Allah akan memperkenankan hajat kita InsyaAllah namun hanya Dia yang maha mengetahui akan rezki seseorang utk dikabulkan permintaan itu atau tidak. 

So apa kaitannya dengan SJ kita di atas itu? : Dia menyedari fadhilat berdoa di Mekah .... dia ada kelebihan. Nanti akan ku email kat dia untuk dia berdoakan untukku pula :D  Dia sedar bahawa dia perlu meminta doa hanya kepada Allah.... Sesungguhnya Allah itu dekat... dan Maha Mendengar... Kita pun tahu juga masa masa dan tempat2 yang afdhal untuk berdoa. SJ tahu akan perkara tersebut... dia tahu apa yang sunat... tentu dia tahu apa yang haram juga.... Apa-apa pun urusannya adalah antara SJ dan Allah,, siapalah kita utk menghukum dia

Ketiganya : komen too many sins, need frequent cleansing. Pengomen itu sangat bebas dosa agaknya....
Kita sebagai seorang umat Islam memang perlu sentiasa menginsafi diri dan berdoa untuk diampunkan dosa. Siapalah kita di mata Allah kalau sula membuat fitnah dan sukar bersangka baik sesama manusia.  Kalau sesama Islam.. kalau kita tau aib orang lain kita kena rahsiakan dan cuba bantu dia untuk perbetulkannya.  Kalau kita sesama bagai nak rak memburukkan orang tersebut.. tak ubahlah kita memburukkan diri kita sendiri.... Aib sedara kita adalah aib kita juga... so sama-samalah kita perbetulkannya...

itu ajer luahan aku... 

Kekadang tak suka tengok senario politik Malaysia... memang kita tak nafi ada ramai yang makan harta rakyat... tapi lagi tak sanggup ada yang suka permainkan agama....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...