JOM LAYAN IKLAN

Tuesday, February 14, 2012

AGAMAKU AGAMAKU, AGAMAMU AGAMAMU


FB comments



Tak suka kalau orang lain sibuk komen negatif pasal Agama Islam samada dari golongan Islam mahupun yang bukan Agama Islam...

Dalam facebook ramai dalam kalangan pelajar dan rakan non-muslim yang sibuk komen pasal beberapa isu sejak akhir-akhir ini termasuklah isu politik Islam.  Yang pelaing ketara sejak akhir-akhir ini adalah isu Sambutan Hari Valentine, Hukum HUDUD dan juga isu Hamza Kashgari yang menghina Nabi Muhammad SAW dan juga isu HALAL.

Contoh komen FB di atas oleh kawanku sendiri ...

Kawan dan pelajarku,
Islam ada landasan hidup yang tersendiri. Landasan hidup yang suci... Agama yang berpegang teguh kepada cara hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.  Kata-kata Allah dalam Al-Quran sudah terbukti kesahihannya dan sunnah amalan junjungan juga dapat dibuktikan secara saintifik seperti fadhilat minum duduk dan membela janggut dan trim kumis.

Agama Islam buka agama yang mempertahankan hak manusia yang melencong kepada mengagungkan hawa nafsu.  Sebagai contoh, adakah kita nak mempertahankan hak kaum gay sedangkan perkara itu bercanggah di sisi Islam. Pernah tak kita dengar alim ulama yang menjadi kadi kepada perkahwinan gay? Di Barat dah ramai paderi menjalankan pernikahan gay dan paderi itu pun sendiri gay.  Namun ramai pula kini umat Islam pun yang menegakkan perbuatan songsang ini sebagai hak asasi manusia....

Isu Valentine pula.... adakah kita perlu mengagungkan adat agama lain? Valentine pada dasarnya merupakan adat kaum romawi yang mengagungkan kematian seorang saint (St Valentine) dan apabila kaum ini masuk Kristian, upacara adat ini dijadikan sebahagian daripada upacara keagamaan atas dasar berkasih sayang.  Orang Islam dan sesiapa pun akan tertarik kepada konsep ini kerana bukankah semua orang perlu berkasih sayang?  Namun, disebabkan oleh propagandanya yang berterusan dan pengiklanan tanpa sudah di kaca tv, ramai umat Islam yang terikut-ikut budaya ini dan lagi menyedihkan adalah golongan remaja yang menjadi mangsa syaitan dengan terjebak dalam kancah penzinaan.  malah kajian mendapati bahawa ramai remaja yang melakukan zina pada masa ini bakal melahirkan anak kuar nikah 9 bulan akan datang dan pada masa itu pula banyaklah yang terpapar di media massa cerita bayi yang dibuang.  Pada masa itu juga ramai pihak ak n menunding jari menyatakan kesalahan pelbagai pihak dan pihak bukan Islam akan mencemuh orang islam kerana suka buang bayi. masalah ini sebenarnya tak ada pun dalam kalangan umat bukan Islam.  mereka senang sahaja... gugurkan anak siap-siap.  Dalam masa yang sama...dalam kesempatan inilah orang bukan Islam mengamnil kesempatan untuk terus menghina umat Islam.  Ingatlah, orang bukan Islam tidak melihat permasalahan ini sebagai masalah bagi umat Islam sebaliknya mereka akan terus memperolok-olokkan agama yang syumul ini.

So kawan... kita orang Islam...kit a mesti berdoa agar kita sentiasa menerima hidayah Allah untuk menjadi seorang Muslin yang beriman dan menjadi contoh kepada agama lain supaya mereka turut menyedari bahawa Agama Islam sebenarnya adalah satu agama yang teragung. 

Islam menolak zina.
Islam menolak gay.
Islam menolak penindasan.
DLL


So...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...