JOM LAYAN IKLAN

Thursday, November 18, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA :D

RAYA HAJI DATANG LAGI.  MAK DAN ABAH PLAN NAK KE MEKAH TAHUN  INI, TETAPI TAK ADA REZKI PULAK UNTUK DIPANGGIL TAPI MAK TAK PERNAH SEDEH ATAU KECEWA SEBALIKNYA DIA SLALU KATA," INI KAN PANGGILAN ALLAH, TETAMU ALLAH. DIA YANG TENTUKAN..." MAK MEMANG SABAR. ABAH PULAK BANYAK  LAGI YANG PERLU DIA BELAJAR. ABAH BELAJAR SAHAM LAJU JER LANGKAH DIA :D 


RAYA HAJI TAHUN NIH TAK BALIK PUN KAMPUNG. SEKADAR DI PJ SAHAJA DAN VISIT ANA ANAK BERANAK. MASAK PUN BUKANLAH YANG HEBAT SANGAT. ALA...ADALAH NASI JEERA NGAN 2 LAUK LAIN, AYAM KORMA (SAYANG MASAK) AND TERUNG.  SAYANG SIBUK DARI PAGI HINGGA KE PETANG.


KALAU BALIK RAYA TAHUN NIH, DAPAT TGK LEMBU KELUARGA. TAHUN NIH KAMI SEMUA KORBAN LEMBU. KATA IDAH LEMBU GEMOK GEMOK. MASA KENA SEMBELIH...MAK SEDEH KATANYA.  SEMPATLAH SURUH IDA KIRIM SALAM KAT LEMBU... SEMOGA KORBAN INI MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH. AMIIN. 


BERIKUT ADALAH FIRMAN-FIRMAN ALLAH BERKAITAN IBADAH KORBAN INI.



A001

A028
"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (Al-Hajj 22:28)
A034
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat - (Al-Hajj 22:34)
A037
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (Al-Hajj 22:37)
A002
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (Al-Kauthar 108:2)





          

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...