JOM LAYAN IKLAN

Thursday, November 25, 2010

MUSIK DAN AKU : TSUNAMI MAHER ZAIN



      


KEINDAHAN ISLAM KINI MUDAH KITA HAYATI MELALUI NASYID.  TERDAPAT BANYAK KUMPULAN NASYID TEMPATAN DAN LUAR NEGARA YANG BERDAKWAH MELALUI MUSIK.

SEPERTI INSAN BIASA YANG LAIN, AKU PUN SUKA DENGAR NASYID DAN BUAT MASA INI NASYID YANG AKU SUKA DENGAR SELAIN DARIPADA NASYID TEMPATAN ADALAH DARIPADA DENDANGAN MAHER ZAIN Thank You Allah, DAN JUGA SAMI YUSUF.


APABILA DENGAR MEREMANG BULU ROMA.... CEPAT-CEPAT AMIK WUDHU' BUAT SOLAT.  SEMUA LAGU2 NI DISAMPING MENGAGUNGKAN KEBESARAN ALLAH, TURUT MEMBERI RANGSANGAN KEPADA UMAT ISLAM UNTUK KEMBALI KE AJARAN ALQURAN.

ADA ORANG BARANGKALI MENDENGAR KATA BUKAN MELALUI KATA-KATA, TETAPI CARANYA LEBIH HALUS LAGI IAITU MELALUI MUSIK, YANG LEBIH HALUS DAN BAIT-BAITNYA PULA MEMBERI KEINSAFAN.

AKU SEORANG ISLAM DAN LAGU-LAGU INI SEMEMANGNYA MEMBERI KETENANGAN.  LAGU-LAGU INI JADI PENEMAN DIKALA MENYIAPKAN TUGASAN HARIAN, KERJA RUMAH ....DIKALA KESEPIAN.

TELINGA AKU NIH SEBENARNYA DARI KECIL LAGI MEMANG JARANG DENGAR MUSIK. MAKLUMLAH...SEIINGAT-INGAT AKU RADIO PERTAMA DI RUMAHKU DIMILIKI KELUARGA KETIKA AKU BERUMUR 12 TAHUN.  DAH TUA BARU DAPAT DENGAR RADIO. RADIO PULAK YANG BUKAN YANG JENIS BERKUALI DAN ITU PUN RADIO ABAH DAPAT FREE DARIPADA MALAM DINNER COURTS MAMMOTH. SO..... MUSIK SEBEBNARNYA BUKANLAH KEBIASAAN  DALAM KELUARGA.  YANG PALING BIASA DI RUMAH ADALAH MENDENGAR ALUNAN MERDU SUARA MAK MENGAJI... ITULAH BENTUK MUSIK PALING BIASA DI RUMAH.

BILA DAH BESAR DAN MENINGKAT REMAJA.... MUSIK JADIK PENEMAN DAN SEMAKIN KERAP AKU DENGAR SEMASA BERCINTA.  MAKLUMLAH.... TERBUAI2 GITU DIBUATNYA.  DAN ANTARA KASET PERTAMA YANG AKU TERIMA MERUPAKAN HADIAH DARIPADA SEORANG TEMAN SEKOLAH (thanks aim)... KENNY G...BREATHLESS... SEJAK DARIPADA ITU...MINAT AKU TERTUMPU PULA KEPADA IRAMA BERBENTUK SENTIMENTAL.

TERINGAT SATU PERISTIWA APABILA AKU DIPANGGIL KE SLOT RADIO UNTUK REMAJA. DAH LUPA SLOT APA TU... DAN PENGACARA RADIO MINTA AKU MEMILIH 15 BUAH LAGU KESUKAAN AKU.... HAIYA!!! SUSAHNYA NAK M EMILIH LAGU PASAL... TAK TAU TAJUK  LAGU. NASIB BAIK ADA ANA YANG ADA PADA ASA ITU YANG MEMBANTU.  HEHEHHEH....... DAN SEPANJANG INTERVIEW DI RADIO...AKU RASA KEKOK...MAKLUMLAH...JARANG DENGAR RADIO...SO TAK TAU MACAMMANA NAK RESPONS KETIKA SESI DALAM KONTI...TERASA AMATLAH KAKU!!! HEHEHEH MEMANG PENGALAMAN YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN.  LEPAS NIH KALAU DIPANGGIL UNTUK INTERVIEW DALAM RADIO...I'LL DO BETTER.  :D

SATU YANG AKU PERASAN ADALAH DIRIKU INI SEBENARNYA TIDAK SUKA LAGU2 TOP TOP YANG TERJERIT2 DLL...SAMA ADA LAGU TEMPATAN MAHUPUN LUAR NEGARA. TERASA BINGIT TELINGA...BOLEH PENING KEPALA. HANYA ADA BEBERAPA LAGU SAHAJA YANG BOLEH AKU DENGAR..  DAN INI SEMUA BERMULA APABILA AKU MEMBELI BEBERAPA ALBUM NASYID TEMPATAN SEPERTI RAIHAN, AKHIL HAYY, IN-TEAM, SAUJANA DLL.

KINI...... MAHER ZAIN.... MENJADI PENEMAN KETIKA AKU MENYIAPKAN KERTAS KERJA YANG TERTANGGUH SEKIAN LAMA..... PALING AKU SUKA... OPEN YOUR EYES DAN INSYA ALLAH.  CDNYA AKU BELUM BELI LAGI. PASAL NAK BELI CD ORI.  TAKKAN LAH BENDA BAIK NAK DENGAR DGN CARA MENCURI KAN?  TAK BERKAT NANTI.  SO BUAT MASA INI AKU DENGAR DARIPADA FACEBOOK MAHER ZAIN SENDIRI.  DARIPADA LAGU MAHER ZAIN INI PUN...RAMAI ORANG YANG BERTINDAK KREATIF UNTUK MENGHASILKAN KLIP2 SEPERTI YANG AKU EMBED DI ATAS.  VIDEO2 NI PUN AKU DENGAR BERKALI2.  DENGAR UNTUK BERI KEINSAFAN KEPADA DIRI SENDIRI.

SEMOGA KITA SEMUA MENGINSAFI DIRI  KITA SEBAGAI UMAT ISLAM...SEBAGAI SEORANG HAMBA....

KITA HIDUP DI DUNIA INI HANYA UNTUK ALLAH...
TAK ADA KONSEP PENEBUSAN DOSA KITA OLEH ORANG LAIN SEPERTI AJARAN AGAMA LAIN,
DOSA KITA TANGGUNGJAWAB KITA.....

SEKIAN

  

1 comment:

Hanim Salleh said...

HEHEHEHEH...JUST BOUGHT THE ORIGINAL CD... USED TO LISTEN FROM MAHER'S FB. NOW...I CAN LISTEN TO IT NON STOP ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...