JOM LAYAN IKLAN

Thursday, November 25, 2010

HAPPY BIRTHDAY MAK :D

MAK,

ANIM NAK MAK TAU,
ANIM SAYANG MAK.

ANIM NAK MAK TAU,
ANIM SELALU INGAT MAK,
SELALU INGAT PESAN MAK.

MAK,
ANIM MINTAK MAAF,
ANIM ADA KALANYA ANAK YANG TERSASAR JUGA DEK HIBURAN DUNIA,
TERSASAR DEK DARAH ANAK MUDA,
BUAT BANYAK TIKA HATI MAK TAK DIAM,
RISAU AKAN ANAK MAK SEORANG INI.
ANIM MINTAK MAAF,
ANIM NAK SUJUD DI KAKI MAK HARI INI MINTAK MAAF,
MINTAK BERKAT,
MENCIUM TAPAK, MENCIUM SYURGA.

MAK,
ANIM TAU MAK TAK PERNAH PUTUS DOA UNTUK ANIM,
DAN ALHAMDULILLAH ALLAH SELALU PANDANG DOA MAK UNTUK HANIM,
BEGITU SEKALI MAK UNTUK ANIM,
YANG TAK TERBALAS ANIM UNTUK MAK,
TERLALU BESAR.

MAK,
HARI LAHIR MAK HARI INI,
ANIM DOA KEPADA ALLAH,
SUPAYA DIBERI KEMUDAHAN OLEH ALLAH UNTUK MAK SEGALA URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT,
SUPAYA APABILA DI SANA MAK DALAM KALANGAN ORANG BERIMAN,
SUPAYA ALLAH PELIHARA MAK DARI SEGALA KEDUKAAN,
SUPAYA ALLAH BERKATI HIDUP NAK-ANAK MAK,
PASAL ANIM TAHU HIDUP MAK TAK SENANG KALAU ANAK TAK SENANG,
SUPAYA KITA SEMUA SUJUD KEPADA ALLAH YANG MAHA KUASA.
UNTUK KITA TERUS KELUARGA BAHAGIA.

POHON AMPUN DAN MAAF ANIM PINTA.
TAK SANGGUP MENANGGUNG PELBAGAI DOSA.
TAK INGIN JADIK ANAK DERHAKA.
MAK... AMPUNKANLAH SEGALA DOSA.

ANIM SAYANG EMAK
ANAK-ANAK MAK YANG LAIN PUN SAYANG EMAK
CUCU-CUCU MAK PUN SAYANG MAK
ABAH LAGI SAYANG MAK
TOK SAYANG MAK
ADIK BADIK MAK PUN SAYANG MAK
KAMI SEMUA SAYANG MAK

LAGU UNTUK MAK :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...