JOM LAYAN IKLAN

Sunday, January 31, 2010

IVF?


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Mmmm ... ni dah second dah peot. I was just wondering whether I'm prepared for IVF next month or not. Takut pulak rasa. So... my gynea said I could come on the first day of my cycle or 21st day. So i decide to go on my 21st. The dr did advise me to do in June for UH is handling 100% IVF procedure.For now they collaborate with HUKM: monitoring is done in UH while IVF procedure is done in HUKM. My hubby kata... buat kat HUKM pun tak apa coz their staffs are still not very sure with the procedure... gitu lah ceritanya.

So... kenapa takut??? Takut jugak kalau tak menjadi... tapi bukankah diri ini perlu berdoa dan berserah kepada Allah? Iya itu yang aku akan buat. Oleh itu untuk bersedia aku harus mengurangkan stress. Awal tahun di sekolah kerja amatlah banyak. Stress wajib ada... Nak legakan stress takkanlah tiap2 hari nak naik gasing?? 2 - 3 kali seminggu jadiklah...

Apa-apa pun... kita tunggu jer nanti bulan depan K?

I'll post my journey doing IVF untuk semua :D

Saturday, January 9, 2010

HAPPY ANNIVERSARY

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Friday, January 8, 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

YANG BAIK ITU DATANG DARIPADA ALLAH DAN YANG BURUK ITU SESUNGGUHNYA DATANG DISEBABKAN OLEH DIRIKU SENDIRI

Hari ini aku menulis sesuatu yang agak sensitif. Namun bukan lah aku menulis ini untuk menambahkan sensitiviti tetapi cuma ingin menyatakan pendapat hati dan akal fikiranku sahaja.

Mmmm seumur hidupku, aku hanya tahu bahawa Allah adalah tuhan yang sinonim dengan agamaku Islam dan tak pernah pula kutahu ada agama lain yang ingin menggunakan nama itu sebagai nama tuhan mereka.. Apabila adanya Allah maka sudah pasti seseorang yang mengakui keesaan Allah itu akan turut mengakui bahawa Nabi Muhammad (SAW) itu pesuruh Allah. Bukankah itu akad kita sebagai umat Islam setiap kali kita melafazkan shahadah kita?

Ada yang memberi pandangan moden bahawa "RELIGION IS JUST A LANGUAGE" sudah pasti seseorang yang berkata demikian sebenarnya tidak faham akan konsep keagamaan dan konsep bahasa. Terlalu mudah untuk mengatakan dan menyamakan bahawa agama sama dengan bahasa. Sebagai umat Islam, kita tidak pernah diajar untuk menyamakan Allah dengan apa-apa pun yang lain apa lagi sama atau setaraf dengan tuhan yang lain! Itu syirik namanya!! Kita tak pernah samakan Allah dengan manusia yang sifatnya beranak beribu dan berbapa. Itu syirik namanya!! Agama lain barangkali boleh berbuat demikian... kerana tuhan mereka hanya dikenali sebagai Tuhan (T - Berhuruf besar) tiada siknifikasi dalam nama itu sendiri. Maka sekarang menjadi kepentingan untuk mereka turut menamakan tuhan mereka sebagai Allah.

Tentu terasa pelik kalau mereka yang bukan beragama Islam turut barkata.... "Subhaanallah" (Maha Suci Allah) "Walhamdulillah" (Segala Puji bagi Allah) "Allaahuakbar" (Allah Maha Besar) dengan cara berzikir. Apatah lagi.. ramai yang melihat laungan AllahuAkbar sebagai laungan untuk memulakan keganasan - terror!

Kesimpulannya,
Surah 109 - Al Kafirun THOSE WHO REJECT FAITH

109.001 Say : O ye that reject Faith!

109.002 I worship not that which ye worship,

109.003 Nor will ye worship that which I worship.

109.004 And I will not worship that which ye have been wont to worship,

109.005 Nor will ye worship that which I worship.

109.006 To you be your Way, and to me mine.


Sumber dr sini.

Dah jelas dalam al Quran caranya nutuk menangani isu ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...