JOM LAYAN IKLAN

Sunday, October 11, 2009

HANTU - NUR KASIH

Cerita Nur Kasih

Buat masa ini, aku memang suka cerita Nur Kasih. Suka sangat-sangat sampai sambil menaip soalan peperiksaan pun aku biarkan cerita ini dimainkan di tab yang lain. Sayang terjerit-jerit panggil aku obses!! Nak baca sinopsis... silalah ke sini ... http://www.tv3.com.my/nurkasih/sinopsis.asp

Tahniah kepada pengarah filem ini Khabir Bhatia, dan penulis skrip Mira Mustaffa dan Mariana Hashim kerana mengarah cerita yang sememangnya dinantikan oleh generasi muda kini.

Perkara yang menjadi perhatianku dalam cerita ini adalah percintaan yang yang tulus hanya untuk Allah, cinta yang hanya menurut Islam. Menonton cerita ini menjadikan diriku insaf. Maklumlah kisah cintaku tak macam cerita ini. Tetapi memang aku akui bahawa cinta memerlukan banyak pengorbanan.

Daripada cerita ini, seseorang seperti aku pasti menjadi insaf dalam mengenali diri dan mengenali tanggungjawab diri dalam Islam. Aku percaya bahawa ramai anak muda kini yang berjenis 'rebellious' dan sering mempertikaikan konsep Islam itu sendiri. Ramai anak muda yang tidak suka akan sikap Islam yang dilihat agak mengongkong dan penuh dengan batas-batas keagamaan. Islam tidak dilihat sebagai 'cool' kerana 'macam tak moden' ... maklumkah... susah nak enjoy..... Maka tidak hairanlah jika ramai anak-anak kita kini mudah terjerumus dalam kancah kehinaan seperti minum arak, pergaulan bebas, pengguguran, dan yang lebih teruk lagi hilang akidah (murtad). Alangkah baiknya jika semua anak muda ini dianugerah Allah hidayah seperti yang diberikan kepada Adam dalam cerita ini.

Cerita ini juga jelas menunjukkan cara hidup yang sebenar dalam Islam... cara hubungan kekasih, cara hubungan sesama muhrim dan bukan muhrim, cara hubungan suami isteri, cara bekerja, cara mendidik anak-anak mengikut Islam dan juga hubungan sesama insan lain dan yang paling penting sekali adalah hubungan dengan Allah.

Di sini juga dipaparkan bahawa berdoa memainkan peranan yang paling penting dalam melalui gelora kehidupan kerana Allah memang suka memberikan dugaan kepada hambanya kerana Dia ingin melihat kesungguhan hambanya beribadat kepadaNya. Lihatlah si ibu berdoa kepada Allah semasa berada di Jabal Rahmah (menunaikan umrah) supaya Allah membela nasib anak-anaknya. Dan inilah bukti bahawa Allah itu maha mendengar dan maha mengasihani. Ujian daripada Allah... dari situ diberi ganjaran pahala yang tinggi kepada hambanya yang sentiasa bersabar dalam menempuh dugaannya. Tinggi darjat diberikan.... Islam tidak sepi daripada dugaan... kerana janji Allah adalah untuk hari kemudian.

Dugaan yang hebat dalam cerita ini merupakan dugaan untuk Aidil dan juga dugaan untuk Nur Amina. Dugaan untuk Aidil dikatakan hebat kerana dia tabah melalui dugaan hidup melihat cinta kasihnya terpaksa dikorbankan semata-mata untuk memenuhi permintaan si ayah yang menjodohkan kasihnya dengan adiknya Adam. Nur Amina pula terpaksa melalui satu kehidupan bergelar isteri tetapi bergantung tanpa tali. Sepanjang Nur Amina digantung suami, Aidil lah yang membela nasib Nur Amina tanpa pengetahuan sesiapa.

Episod yang paling aku suka adalah episod 18... Adam dan Nur bersatu dalam erti kata suami isteri yang sebenar manakala... Adikku Dibah suka episod 13... maklumlah ada babak-babak romantik kat situ...

Semoga hidupku diberkati Allah.... Jauhkanlah aku daripada godaan syaitan yang sentiasa membawaku ke lembah kehinaan dan maksiat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...