JOM LAYAN IKLAN

Wednesday, August 19, 2009

UPDATE KOLAM dan H1N1 SCREENING






Kolam ni kira macam 1st projek kokurikulum untuk pelajar-pelajar tingkatan 6. Seronok rasanya apabila buat kolam ramai-ramai. Yang riuh... yang memuji... yang mengutuk... yang buat kecoh.... semua character student ada apabila buat kolam. Isy mmg seronoklah. Jadi kolam ini mmg sebenarnya memberi erti yang mendalam kepada semua pelajar tingkatan 6 bawah pada tahun ini.

Nak jadi cerita.... semalam hujan lebat.... Alamak... kesian pulak bila memikirkan keadaan tempat buat kolam tu yang agak terbuka sedikit.... Maklumlah...tempat tak berdinding...ditambah lagi dengan keadaan geografi kawasan yang berlereng. Gerenti air dah melimpah ruah masuk dalam Anjung Muafakat. Penat Vinser membuat benteng menahan air.

Jadi nak sedapkan hati, lepas hujan pergilah tengok kolam. Alhamdulillah...tak terjejas teruk. Bumbung yang bocor tu... airnya menitik kat atas kolam... tapi tak teruk sangat. Aliran air pun tak lah deras sangat agaknya sehingga membolehkan beras tidak terhanyut dibawa arus...
Kolam basah... tapi masih cantik :D

Esok nanti Kah Seng nak amik gambar kolam dengan menggunakan kamera canggihnya....
Kah Seng, amik macam-macam sudut eh...



Hari ini seperti semalam juga, Fida Cikgu kaunselor sekolah ronda2 periksa temperature student. Maklumlah dah ada wabak kat sekolah nih... So kenalah berjaga2 sikit. Student 5 Lili mangsa pertama... Imran pembawa wabak .... Hari ini satu kelas 5 Lili tak pergi sekolah.... So ramailah Cikgu 5 Lili yang free... seronokkan? Jadi, Cikgu Fida mengambil inisiatif jadik Misi Fida... ke mana-mana ajer bawak thermometer... Dia tembak orang sana sini pakai menda alah tuh...

Chong Sheng in action... poser

Mun Chien yang prihatin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...