JOM LAYAN IKLAN

Friday, August 21, 2009

ERTI RAMADHAN UNTUKKU


Ramadhan kini menjelang lagi.. dan harapnya bukanlah yang terakhir bagiku dan keluargaku.

Ramadhan... rasanya seperti nak sambut tahun baru... Kena buat azam baru... dan istimewanya bulan ini jika dibandingkan dengan azam awal tahun Januari azam bulan Ramadhan lebih bersifat spiritual. Inilah agaknya kelebihan menjadi seorang Muslim... yang mana umatnya sedar akan kebesaran Ilahi dan sedar akan dirinya sebagai seorang hamba dan sedar perlunya mengabdikan diri kepadaNya supaya diterima amal ibadat untuk alam akhirah nanti.

Bagi diriku... aku sedar bahawa aku bukanlah seorang insan yang sempurna... Ibadatku perlu kubaiki... Solatku... perlu pada waktunya... Zikir tak mahu kubuat sekali sekala... Solat malam pula hendaklah dijadikan amalan. Solat malam ni susah... solat pada waktu pun tak tepat.. Sedih juga melihatkan kedhaifan diri ini. Waktu malam sedap tidor.... sedangkan pada masa inilah pintu langit terbuka untuk melihat segala kebaikan dan membawa doa untuk dimakbulkan. Kenapalah kebaikan seperti itu tidak pernah kurebut... tak pernah kunanti2 sedangkan pahalanya besar sekali. Takut pula apabila memikirkan bahawa betapa syoknya syaitan menggoda diriku. Mesti syaitan itu ketawa dan berparti setiap kali aku lambat solat dan tidor malam tak sedar diri!!

Boleh ker... setiap malam bermula pada malam ini aku teguhkan diriku untuk membuat Solat Terawih... Bangun malam untuk Qiamullail menanti pagi dengan bacaan Al-Quran dan menanti buka dengan Al-Quran juga. Nampak macam senang... tapi ... sikap malas nih sebenarnya yang sudah sebati dengan diri ini. Rajin bila mengadap FB ajer!!!

Malam ini kena insaf... semoga malam ini turut membawa perubahan diri untuk yang terbaik... AKu berdoa agar Allah itu sentiasa dekat dengan diriku. Aku tidak mahu ketakutan aku kepada Allah akan hilang... kerana takut kepada Allah sebenarnya adalah satu kenikmatan buat diriku... Ya Allah.. Ampunilah aku... Jangan kau tutup pintu hati ini setelah kau beri kami petunjuk... Jauhkanlah kami daripada sifat malas yang hanya akan merugikan kami.
Amin Amin YaRabbal Aalamiin

Semoga aku dapan melalui bulan Ramadhan ini dengan penuh kesabaran... Aku tahu aku boleh lapar sepanjang hari kerana memenuhi tuntutan puasa ini. Tetapi aku tidak mahu diri ini alpa terhadap kewajipan kepada Allah... Semoga aku dan ahli keluargaku melalui Ramadhan dengan penuh keberkatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...