JOM LAYAN IKLAN

Tuesday, July 14, 2009

SEJARAHKU: DG41 (KUP) KE DG44 (HAKIKI) (GURU TINGKATAN 6)

Alhamdulillah.....
Dapat juga tukar gred. Tak sangka dalam kabut mengajar tingkatan 6 pada tahun 2005 disebabkan oleh kenaikan jawatan 3 orang guru Pengajian Am dalam tempoh yang sama sebenornya turut merupakan rezeki untuk aku. Inilah berkat doa ibu yang siang malam dari dulu lagi tak pernah jemu berdoa agar aku dibukakan hati untuk menjadi seorang guru dan kalau aku jadi guru biarlah diluaskan rezkinya. Itulah yang selalu mak aku cakap kat aku esp nya... (Aku sebenornya rebel... tak nak jadik cikgu masa dulu...Now... I'm proud to be a teacher :D) Aku pun selalu kata... rezki anim rezki Mak...

Masih kuingat lagi pada Jan tahun 2005 apabila aku mula mengajar di sesi pagi daripada sesi petang sejak berkhidmat di sekolah ini (Ogos 2000), aku diminta untuk mengajar bahasa dan Pendidikan Moral untuk tingkatan 4 dan 5. Apabila 3 orang guru dinaikkan pangkat ke sekolah lain, aku menjadi bidan terjun mengajar tingkatan 6 untuk subjek Pengajian Am. Mmmmm ... isu negara pun tak tau sangat terus pula jadi guru PA. Apatah lagi aku terpaksa mengajar kelas yang besar disebabkan kelas terpaksa digabung kerana kekurangan guru (Dulu 3 oprang guru PA dan hanya aku seorang sebagai pengganti mereka!) Namun aku terima dan bersedia untuk belajar... Tahun pertama memanglah tahun paling sukar untuk aku namun tahun-tahun yang berikutnya bolehlah juga aku membawa diri. Mula-mula mengajar kertas kenegaraan dan kertas 2 bahagian ABC sahaja, kini aku mengajar semua bahagian. Ini juga berkat rakan sejawatan yang dengan sabarnya mengajar aku. (Thanks Kak Zu).

Sejak tahun 2008 aku telah megajar tingkatan 6 sepenuhnya. Apabila kerajaan ingin mengubah kedudukan tingkatan 6, aku memandangnya dengan begitu positif. mengapa? Kerana aku percaya bahawa lebih ramai pelajar yang akan berminat mengambil STPM kerana pada hematku...pelajar STPM lebih matang daripada pelajar matrikulasi. Namun begitu, dengan pertumbuhan kolej swasta dan matrikulasi, ramai pelajar yang tidak berminat untuk memasuki tingkatan 6. Selain mengajar, aku juga banyak terlibat dalam aktiviti pelajar tingkatan 6 seperti Kelab Tingkatan 6 (dulu dikenali sebagai Majlis Tingkatan 6).

Semalam aku baru sahaja menerima surat pelantikan... Back dated pemangkuan DG44 dari 1 Januari 2008 Sekarang pergerakan gaji aku bulan Julai. Dengan pelantikan ini pergerakan gaji aku ialah bulan Jan(kalau salah betulkan). Ini juga bermakna bahawa aku lebih untung jika berada di gred hakiki... memandangkan jika kenaikan Timebase aku akan menerima pelantikan hanya pada tahun hadapan (Ogos 2010 - genap 10 tahun). 7 tahun lebih dalam perkhidmatan aku dapat DG44. Alhamdulillah... mungkin itu sebabnya aku tidak dapat GC pada tahun aku mohon DG44 tingkatan 6 pada tahun 2007.

Kepada rakan-rakan sejawat, tahniah juga diucapkan. Kepada kerani-kerani yang membantu, terima kasih diucapkan. Untuk Mak, dapatlah Mak pergi haji tahun depan ye mak...
Insya Allah... Amin

3 comments:

Anonymous said...

tahniah,
akak juga mendapat dg44 hakiki tingkatan 6, dulu sikgu2 tak nak ajar form6..akak diberi tanggung jawab..merangkak2 mengajar 3 tahun...ada rezeki..jln pintas dan lambut laun cepat dapat dg48...

azizan zamhari said...

Saya gc dg48 boleh tak nak mohon jadi guru tingkatan 6

Hanim Salleh said...

GC boleh jadi guru tkt 6. Tinggal lagi GC cikgu adalah GC arus perdana. Dan guru tkt 6 juga merupakan satu kenaikan pangkat juga iaitu Hakiki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...