JOM LAYAN IKLAN

Monday, July 20, 2009

KOMEN UNTUK PPSMI




PPSMI merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi penguasaan ilmu melalui bahasa Inggeris memandangkan bahasa Inggeris digunakan secara meluas dalam apa-apa jua urusan dan juga di Internet. Kini bahasa Inggeris bukan sahaja bahasa antarabangsa, namun juga merupakan bahasa teknologi.

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pemansuhan PPSMI. Secara peribadi aku tidak bersetuju PPSMI ini dimansuhkan , namun setelah meneliti kepentingan semua pihak aku pun bersetuju. Aku tidak menidakkan usaha kerajaan kerana aku juga sedar akan masalah yang dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat sejak PPSMI dilaksanakan.

Mengajar di sekolah majoriti bukan Melayu di bandar elit Petaling Jaya memang memperlihatkan respons negatif daripada semua pihak kecuali beberapa pelajar Melayu dan India yang sememangnya kecundang teruk dalam subjek-subjek ini. Jika ada kesempatan, aku akan mengajar mereka dalam bahasa ini bagi membolehkan mereka menguasai subjek ini tapi apa yang aku dapati.... mereka mengalami masalah hampir "0 knowledge" akibat penguasaan bahasa Inggeris yang sangat minimum. Akibatnya, mereka gemar tidur sahaja di dalam kelas atau pun mengambil keputusan untuk tidak hadir pada hari-hari kebanyakan subjek ini diajar. Semasa peperiksaan, mereka pun tidur, kalau ada masa...mereka salin semula soalan di dalam kertas jawapan. Janji tertulis. Bagi pelajar yang mempunyai asas bahasa Inggeris yang baik, mereka tidak mempunyai masalah dalam menguasai bahasa ini. Jadi...mudahlah untuk mereka memahami mata pelajaran ini dan sekaligus cemerlang dalam subjek-subjek ini. Lagipun, di sekolah bandar nih... ramai pelajar yang pergi ke kelas tuisyen sehingga ramai yang tidak mahu terlibat dalam aktiviti kokurikulum kerana merasakan bahawa menyertai aktiviti kokurikulum itu membuang masa.

Kita ingin mewujudkan masyarakat berilmu, namun berjayakah kita jika satu benda pun ilmu yang tidak masuk kepala? Berkali-kali soalan aku lontarkan kepada pelajarku...

1. *Selepas STPM dan SPM, berapa ramaikah yang meneruskan pelajaran? Yang manakah lebih ramai, yang meneruskan pelajaran atau yang tidak meneruskan pelajaran? Jawapan yang diberikan : Yang tidak meneruskan pelajaran lebih ramai daripada yang meneruskan pelajaran dengan anggaran ratio 7:3.

2. Penting tak untuk penjual kangkung dan petani memahami bahasa Inggeris? Mana lebih penting... mendalami bahasa Inggeris atau memahami proses saintifik... cth proses pertumbuhan pokok? Jawapan : Proses saintifik.

3. Penting sangat ker mereka perlu belajar dalam bahasa Inggeris walaupun bahasa Inggeris bukanlah bahasa utama untuk mereka lalui dalam kehidupan seharian mereka? Jawapan: tak penting, Cikgu.. (seorang pelajar mengangkat tangan) "Cikgu... tapi kalau dia nak buat urusan dengan orang dr luar negeri tentu nak berbahasa Inggeris...atau ada pelancong asing yang nak beli kangkong dia, dia mesti boleh berbahasa Inggeris."
Cikgu : Jom buat simulasi.... Cikgu jual kangkong, awak minah salleh dari London.
Memulakan simulasi...
Penjual kangkong : Miss... come...come...buy...buy...heathy vegetables... nice...nice.. cheap...cheap... Buy 2 free 1 ... come la...
Minah Salleh: (Dengan longat pekat Mat Salleh) Ok... I'll buy... Give me the fresh one. Woow!! It smells great!! Here you are... (bagi duit) Thank you!
Penjual kangkung: Wow! Thank you... Nice dress... come again.... terima kasih
Minah Salleh: Sama-sama!

Cikgu: Bodoh sangat ker penjual kangkung tu nak capai objektif dia? Akhirnya dapat jugak dia jual kangkung.
Pelajar : Pandai dia cikgu.
Cikgu: kalau nak deal dengan orang dari luar secara professional... belajarlah bahasa Inggeris dengan lebih baik...sebab itu kerajaan kita menambahkan masa untuk subjek bahasa Inggeris sahaja. Cara ini dapat meningkatkan tahap komunikasi dalam bahasa Inggeris tapi tak lah juga dia rugi mengusai ilmu sains dan matematik kerana dia mendalami subjek ini dalam bahasa yang dia lebih memahami.
Pelajar: Cikgu...susahlah kalau nak belajar sains dan maths dalam bahasa Inggeris kalau meneruskan pelajaran ke luar negeri... (mengeluh)
Cikgu: Awak pelajar pandai. Pelajar pandai tak akan ada masalah sangat...cuma kena tambah usaha sedikit. Pelajar pandai...campak apa bahasa pun kalau dia rajin dia pasti berjaya....
Pelajar: (Ramai yang mengangguk. Ada juga seorang dua yang memperlihatkan wajah tidak puas hati).
Cikgu: Cikgu tau awak semua pandai... tapi kita pun nak orang lain pun pandai juga, kan? Do not be selfish.... Tiada sesiapapun yang ada hak untuk kata yang mereka ini 100% betul.
Pelajar: Jadi, izinkanlah dalam dwibahasa.
Cikgu: kalau dalam dwibahasa.... lagi jauhlah jurang di bandar dan di luar bandar... nanti lebih ramai yang tidak berpuashati. Timbul pula masalah sosial yang lain. Kena tau sempadan yang betul... there must be a thin line here... Kalau bible kata tak boleh minum arak... awak minum ker? Atau awak nak kata.... ala Cikgu... sikit aja...?! Nanti takut ada pihak yang salahguna, kan? Kata 1 Malaysia... 1 Bahasa... mantapkanlah Bahasa Kebangsaan. Awak semua terlalu bangga dengan bahasa Inggeris... kalau nak buat pembentangan dalam bahasa Malaysia...pasti ada pelajar atau kumpulan yang minta izin untuk berbicara dalam bahasa Inggeris. Kalau dengar ada individu atau pihak yang tidak pandai berbahasa Inggeris...awak ketawakan dia..bukan main lagi... Cikgu pulak kalau dengar awak berbicara dalam bahasa Malaysia...Cikgu yang ketawakan awak dalam hati. Siap boleh kata lagi dalam hati... "Malangnya Bahasa Kebangsaan. Patutlah kontrak sosial tak ada yang nak ikut."

Itulah respon aku... *Data-data tentang yang meneruskan pelajaran dengan yang tidak perlu dikaji. Kalau data itu memihak kepada Bahasa Kebangsaan...memang wajarlah PPSMI itu dimansuhkan.

Lagi pun, boleh ker percaya undian (poll-poll) yang dibuat secara atas talian nih... Dah tentu yang access internet nih org bandar dan orang berpendidikan. Jadi macam mana pula orang luar bandar nak suarakan masalah mereka....

Apa lagi...melalui demonstrasi jalanan lah....
Mmmm saja aja gurau....

Apakah pula respon anda?



Gambar:
Adik Nik Nur Madihah yang mendapai kejayaan cemerlang dalam SPM08 yang mendapat 20A.
Hidup susah tapi tetap berjaya. Kata orang nak seribu daya...tak nak seribu dalih. Terbukti PPSMI untuk Madihah berjaya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...