JOM LAYAN IKLAN

Monday, July 6, 2009

DILEMMA - MENGAJAR TINGKATAN 6 ATAU PENSYARAH MATRIKULASI

Rumah Biru (Hang Jebat) juara kawad.
Inter school games. Form 6 SMKTS juara.
My dear first batch.
Aktiviti amal untuk Projek Hamper. Semua pelajar form 6 ke rumah orang Tua dan Anak yatim.
(Ada tak aktiviti ini di matrikulasi)
My dear T.wayne bersama penghuni.
Hehehhe... dapat masuk paper student ku
nampak tak si baju biru n member dia... Nama member dia Gowry..
Inter games di Catholic High School
Rewarding... gembira apabila student berjaya... With my first batch.. Adlie's graduation..

Pada minggu ini, aku berhadapan dengan dilemma yang sukar untuk aku selesaikan... Satu sekolah kini telah tahu yang aku baku menerima tawaran pensyarah matrikulasi sejak awal tahun lagi. Oleh itu, banyak perkara yang melibatkan pentadbiran perlu dibuat dengan berhati-hati sebagai langkah berjaga-jaga 'jika aku pergi.' Namun begitu, surat tawaran mahupun surat panggilan sehingga kini aku belum terima.

Sebenarnya, aku sendiri tidak pernah follow up dengan pihak Matrikulasi berkaitan perkara ini. Aku hanya call sekali sahaja. Itu pun untuk memastikan bahawa berita yang dibawa kawanku itu benar atau tidak. Sahlah menurut pegawai tersebut bahawa aku telah lulus temuduga pensyarah matrikulasi dan surat tawaran akan dihantar 'tidak lama' lagi. Beberapa bulan selepas itu, jabatan pelajaran negeri Selangor pula telah menghubungi Pn Pengetua berkenaan perkara yang sama juga. Antara sebab beliau dihubungi adalah untuk mendapat kebenaran untuk aku dilepaskan daripada sekolah. Pn Pengetua mengatakan bahawa sekolah memang mempunyai masalah yang tersendiri tetapi dia tiada halangan untuk melepaskan aku demi peningkatan profesionalisme aku.

Sekarang ini, aku telah mengajar tingkatan sepenuhnya untuk mata pelajaran Pengajian Am. Aku diberi 3 kelas setengah (3 1/2) iaitu 6AK, 6BK, 6BS/T untuk Pengajian Penuh dan 8 waktu untuk setiap kelas (8 x 3 kelas = 24 waktu) dan 6AT/6AK akan merge untuk 5 waktu daripada 24 waktu tersebut (paper 1 sahaja) dan untuk kelas 6AK tambahan 3 waktu untuk paper 2. Jumlah waktu mengajar 24 + 3 = 27 waktu seminggu. Ini akan ditambah pula dengan waktu relief kelas-kelas lain. Pada kebiasaannya aku akan menerim 2 - 3 waktu relief seminggu. Oleh itu, jumlah waktu mengajar seminggu ialah 30 waktu! Mmmmm.... banyak tuh! Kesimpulan : Waktu mengajar banyak tetapi aku tak kisah... best aja bersama-sama student..

Tapi, asal mengajar F6.. aku tak kisah. Pelajar-pelajarnya semua ceria dan mempunyai inisiatif untuk belajar. Tambahan lagi, bilangan pelajar yang kecil mumudahkan proses P&P. Disebabkan oleh hidupku memang mengajar pelajar tingkatan 6 sahaja pada waktu ini, maka tidak hairanlah jika aku diminta untuk menjadi Guru Penasihat Kelab Tingkatan 6 . jadi guru kelab ini memang menyeronokkan. Kami banyak berinteraksi antara satu sama lain. Banyak tugas pun pelajar yang laksanakan. Aku hanya perlu memantau dan enjoy bersama-sama pelajar. Kalau kena main, aku main, kalau kena bayar aku bayar. Kalau kena sain kertas kerja aku sain. Seronok sungguh bersama-sama mereka. Apatah lagi mereka ini bersemangat waja. Mereka pandai berdikari.

Selain daripada Kelab Tingkatan 6, aku juga diberi tugas sebagai guru penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat dan juga Guru Penasihat Persatuan Ketua Tingkatan.

Penasihat untuk Kadet Bomba ni payah sket... tapi aku pun sayang akan unit ini walaupun banyak kelemahan unit ini. Unit ini taklah secanggih unit Kadet Polis yang sentiasa bersemangat waja. Kadet Bombaku semua layu dan kurang bertenaga. Kalau bersemangat pun cumalah beberapa orang sahaja. Antara faktor yang menyebabkan unit ini agak tidak bersemangat ialah perjumpaan unit yang hanya pada setiap 2 minggu. Perjumpaan bertambah kurang disebabkan oleh hari persekolahan yang banyak diganti pada hari Sabtu. Pada hematku, perjumpaan patut dibuat pada setiap minggu. Pada setiap hari Rabu pula, semua pelajar hendaklah memakai pakaian beruniform seperti yang dibuat di sekolah-sekolah lain (Hari Kokurikulum). Kesian student. Beli baju unit beruniform mahal ! Kalau uniform lengkap bomba harganya tidak kurang daripada RM200! Kesian mak bapak beli baju tapi tak sempat baju nak buruk sebab anak dah habis form 5!

Tugas sebagai Penasihat Ketua-ketua Tingkatan ini agak unik pula. Aku merupakan penasihat pertama persatuan yang baru ditubuhkan ini. Sebelum ini, aku hanya merupakan penyelaras Ketua-ketua Tingkatan sahaja. Sekarang, aku penyelaras dan penasihat. banyaklah pembahuruan yang ingin dilaksanakan. Tapi, dalam banyak-banyak perkara, apa yang paling aku benci adalah tanggungjawab yang membuatkan diriku berasa tidak ubah seperti pengawal keselamatan sekoalh. Mengikut sekolah ini, guru yang membuka dan mengunci sekolah. Kelam kabutlah awal pagi nak buka pintu kelas sekolah dan sebelah petang pula untuk menguncinya.. Apabila tak tutup... senior ass sistant dah panggil aku masuk bilik. Apabila masuk bilik ni... aku mmg dah start tak tenang... skit jantung... berpeluh....

"HANIM, KETUA TINGKATAN U SANGAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB! KENAPA
MEREKA TAK KUNCI KELAS PADA MINGGU LEPAS HARI JUMAAT..."

"HARI JUMAAT BUKAN KETUA SAYA YANG KUNCI TTP ORG LANTIKAN EN"

"SAYA TERPAKSA MELANTIK MEREKA KERANA KETUA TINGKATAN AWAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!"

Beginilah antara dialog aku yang hampir setiap minggu. Dah lah buat aku nampak seperti seorang yang tidak bertanggungjawab. Aku seringkali rasa sangatlah sedih apabila ditegur dengan 'suara'. Kalau slow talk ok jugak... ramai aja yang slow talk... ok aja.... Apabila dah selalu sebegini, aku hantar aja student untuk berjumpa pentadbir kerana pada hemat aku nada suara pentadbir dengan pelajar lebih menyenangkan daripada rakan dan taulan. Mereka sedar bahawa meninggikan suara terhadap pelajar boleh menyebabkan perasaan mereka tersinggung dan mereka akan membuat aduan kepada ibu bapa. Nada suara tinggi terhadap rakan dan taulan tak apa agaknya. Apabila aku hantar pelajar aku... semua berjalan dengan ok...
Kesimpulan: Tugas memang banyak (Penyelaras Ketua Tingkatan, Penasihat Kadet Bomba, Penyelaras tingkatan 6, Guru ICT, Guru Kelas... dll) tapi aku pun tak kisah. Yang kisah... bab kutip duit dan kena marah... Lebih teruk rasanya dihina apabila kena marah pasal student pun tak kena marah macam tu... :((

So... apa DILEMMANYA???!!!

Maklumlah para pembaca.... yang kutulis di atas itu semua pasal senario di sekolah. Di sekolah kamilah kutip yuran... kamilah baby sitter...

Aku bayangkan di Matrikulasi... semua kerja ini tiada... Menyertai aktiviti kelab bersama-sama pelajar itu biasalah.. kursus biasalah... namun yang paling aku suka ialah kebebasan untuk mengajar pelajar sepenuhnya. Yalah... tak perlu jadi guard sekolah juga kan... Tentu best bekerja di sana. Kalau ikut hati aku nak aja jadi pensyarah matrikulasi!

TAPI

  • Takkan lah nak tinggalkan Sayang sorang-sorang kat sini w/pun slalu kena bolayan
  • Expenses tentu lagi tinggi... nak sewa rumah...
  • Bukan ker Cikgu Form 6 dapat kenaikan ke gred DG41 ke DG44
  • Pelajar matriks ni happening tak macam pelajar Form 6? Macam tak jer rasanya...
  • Susahlah nak buat bb cam nie sayang oi...
  • Taman SEA - multicultural society. Matirks... tapi boleh jugak membela kaum ini...
Sayang pulak ni tak kisah langsung kalau aku pergi. Dia kata dia tak nak dengar aku ungkap kata-kata yang aku menyesal kalau tidak pergi. Dia lah yang menggalakkan aku pergi... (macam ada hidden agenda kan?)

So how???

Ya ALLAH.. berilah aku petunjuk




2 comments:

ikanriang said...

nak tingalkan zon selesa (even sbnrnya sakit jugak) mmg payah.. lagi2 utk sth yang kite tak pasti keadaannya..
persoalan2 tu dtg sbb kite skrg da selesa dgn ape yg kite ade skrg..
persoalan yg perlu difikirkan jugak adela sanggup ke kite amek risiko dgn meninggalkan zon selesa 2?

smoga Allah berikan kakak nor sorang ni petunjuk. 1 thing for sure, i'll always adore ur spirit. n it is ur spirit that makes ur life as a teacher as great as what u have now :)

Hanim Salleh said...

heheheh tq dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...