JOM LAYAN IKLAN

Saturday, July 25, 2009

BUKIT SERI CAHAYA, SHAH ALAM


Shahira ngan Mama Nim. Mmm... kepala burung tu kena potong ek..

Burung Merak... nak cium I... Nanti jadi cantik cam merak?

Hari ini Kah Seng cikgu I...
Cikgu fotografi gitu...

Love this pic... comel...

"Rusa," kata Syahira...

Andak...

Minat betul ngan perut merak tuh. Ati jer cam tak minat...

Comel gak.. Ati and hubby...Wan


Minah-minah jiwang tepi tasik; me and Hafizah.

Comel, kan? Bila tunjuk gambar ni kat dia.. Syahira kata..
"Cantik gigi." Hahahahah

Ni pun comel kan? Jerawat tu pun comel !!

kat Rumah 4 Musim.. Musim panas kononnya..
Iz... gunakan teknik fotografi yang dia belajar 5 minit daripada
Kah Seng.

Lawo-lawo bunga kat sini.

Jadik minah bunga jap.

Iz kat rumah 4 musim...

Ni Iz punya idea... pandang belakang...
Mmmm ... jangan pandang punggung I, eh!

Cikgu penat lah... suruh Cikgu Iz lah bagi hadiah...
(I tertidur masa student panggil bagi hadiah...)
Sebelah Iz tu is Ain. Dia student form 6. Hari ni...dia lah cikgu bagi kami cikgu...
Ada gaya dia jadik cikgu.

Hari ini sangat menyeronokkan. Ati, her hubby and Shahira, Iz and I pergi Bukit Cerakah teman bebudak SPBT di buat program. Sebenarnya... ini projek Cik Mazianna. Disebabkan member tu kursus... dia mintak tolong temankan bebudak nih. Pergi free.... Bab ni lah antara yang menyeronokkan sebagai seorang guru... gi jejalan.

Kalau tak jadik Cikgu...tak dapatlah jejalan reramai... FOC. Tapi pelik... ramai Cikgu yang rasa apabila bersama pelajar... ini merupakan satu bebanan. Mungkin jugak bebanan bagi guru yang berkeluarga... tapi cuba aja tengok Ati... adik I tu... (kalau Az boleh pergi pun dia nak pergi gak...) Happy ajer bawak keluarga... I pun bertambah happy coz ini masanya nak manja-manja ngan Syahirah.
Cute ajer Syahirah panggil I..."Mama Nim.." Umur belumpun 2 tahun...tapi pandai dia cakap.

Aktiviti camni pun dapat mengeratkan silaturrahim antara guru-guru yang pergi... Boleh kenal hati budi masing-masing. Maklumlah...kat sekolah sibuk ngan kerja sekolah... tapi pergi kat tempat macam nih kira macam gi riadhah... njoy ajer...

Lagipun, kalau tak buat aktiviti macam nih...macammana nak tau atau memupuk nilai kepimpinan dalam diri pelajar? Pada masa ini jugak I dapat tengok bakat kepimpinan yang ada dalam diri Ain, Syuhada... dan member-membernya yang lain. Sangat bertanggungjawab. Dear... nanti I tell your class teacher to give u A dalam leadership.

Student nih.... pun boleh jadik cikgu kita. Masa nih Kah Seng cerita sikit pasal fotografi. kami dengar... macam baru dengar. Menarik sekali cara dia bercerita. Banyak ilmu dia dalam bidang ni. Selama ni, kita cuma nampak dia kehulu hilir ngan lense dia kat sekolah amik gambar untuk sekolah. Kali ini dia amik kat Seri Cahaya. Paling untung Ati lah... pasal Syahirah jadik subjek Kah Seng. Gambar FREE tu Ati... kata Kah Seng.... hari ini ajer dia dah ambil lebih seribu gambar. LEBIH 1000!!!

8 Ogos lak ada ekspedisi gua kat Batu Caves. Ekspedisi nih dah pergi 2 tahun lalu ngan librarian. Bawak Dibah masa tuh. Bayar cuma RM25 untuk Dibah. Untuk I memang FREE seperti biasa. Kalau sebelum IUI...tentu I dah pergi...tapi masa tu dah lepas IUI... Kena jaga diri lebih sikit. Kesian Kak Zaini nak cari orang. Anim mintak maaf eh akak. Kalau tak ada apa-apa...Anim memang pergi. Tapi Anim dah cuba-cuba cari orang untuk akak... Bagi Cikgu tu pikir positif sikit...


DAY4:

Hari ini jugak merupakan hari keempat I amik hormon. So pergi kali ni nak exercise sket... kurangkan stress.... Kena enjoy sket kalau nak baby kan? Lagi pun... kita kena tolong orang... Mazianna banyak tolong akak. Tak tolak pun pelawaan akak kita gi Kuala Selangor aritu.... Aritu pergi enjoy..arini pun pergi enjoy. Thank you dear pasal bagi kesempatan untuk Kak Nim pergi.

Day4 nih... rasa sengal kat pinggang tu masih ada... tengah bertelurkan... Masa-masa nih pun nak dimanja... Sayang eh... Chaiyok


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...