JOM LAYAN IKLAN

Friday, June 12, 2009

STUDENT YANG TIDAK BERHEMAH

Inilah nasib seorang guru yang cuba mendidik para pelajarnya agar menjadi insan yang berguna. Apabila dinasihat pun mendapat kutukan para pelajar. Berbuat baik dibalas pula jahat. Redha sahajalah... sikap tak baik pelajar tersebut biar sahaja Allah yang membalasnya. Lagi pun ini buka pertama kali terjadi pada diri aku. Selama 10 tahun berkhidmat pelbagai asam garam pendidikan di sekolah ini telah aku lalui. Mungkin tak seteruk apa-apa yang dilalui oleh rakan sejawatku yang lain.

Masihku ingat pada tahun 2005. Pada ketika itu aku baru sahaja mengajar di sesi pagi. Nak jadi cerita aku dilantik pula sebagai guru disiplin. Alamak hai... teruk rupanya jadi guru disiplin di sesi pagi. banyak cabarannya. Aku masih ingat aku menegur 2 orang pelajar perempuan tingkatan tiga kerana berpakaian sekolah yang tidak senonoh. Bayangkan... kedua-duanya berbaju kurung tetapi bajunya sangat kecil dan singkat. Tak ubah pula seperti baju kurung kedah yang sempit. Kemuadiannya kain sekolah pula labuh meleret mengemop lantai. Kalau setakat meleret sahaja tak kisah juga tetapi dikoyakkan pula kain tersebut (tidak menggunakan gunting) di kiri kanan kain sehingga melebihi paras lutut. Rambut yang kerinting dan panjang pula tidak disisir rapi. Hidung sudah pula dicucuk tidak ubah seperti hidung lembu yang tertusuk. kalau itu adat aku tak kisah. Tapi tidak... fesyen katanya. Katika aku tahan mereka, aku tahan mereka kerana tidak berpakaian kemas. Salah seorang daripada mereka yang ditahan sibuk pula menyentuh hidung . Nak kata korek hidung tak juga, nak kata garu hidung pun tak juga. Jadi, aku meminta pelajar tersebut meletakkan tangannya di bawah. Rupa-rupanya dia menyorokkan hidungnya yang telah ditebuk. Aku suruh dia membuka anting-anting hidung (tak tau nak panggil apa). Dia kata tak boleh kerana baru saja ditindik. Aku kata kena buka kerana undang-undang sekolah tidak membenarkannya. Dia kata tak boleh kerana ibu dia mengizinkannya untuk berbuat demikian. (Inilah masalahnya jika ibu bapa sendiri yang menggalakkan anak-anak tidak mengikut undang-undang sekolah). Kata-katanya pula begitu kurang ajar sekali. Aku tuliskan butir-butir kesalahan mereka dalam borang disiplin.

Ingatkan kes telah ditutup. Rupa-rupanya tidak. Seminggu selepas itu, dinding sekolah pula diconteng dengan nama aku serta beberapa guru-guru lain yang diconteng indah. Bukan sahaja di dinding luar sekolah, di atas lantai tapak perhimpunan pun ada. Bagai nak rak tukang kebun dikerahkan untuk membersihkan tapak perhimpunan tersebut. Aku pun tak kisah juga. Tapi aku buat lah laporan polis. Mana-manalah tau dapat ugutan untuk dibunuh. Polis yang menerima laporan tersebut bersetuju dengan tindakan aku. Dia bertanya jikalau aku izinkan mereka ke sekolah untuk membuat siasatan lanjut.  Kalau aku beri izin... mesti kecut perut budak tu. 

Kini, teknologi moden. Pelajar boleh mengutuk aku di blog aku sendiri. Ler... susah juga teknologi ini ya. Aku percaya bahawa pelajar tingkatan 6 yang aku ajar semuanya berhemah dan baik. Mereka mengikut kata. Maklumlah dah besar. Tapi perbuatan seperti ini hanya dilakukan oleh pelajar yang aku kira ... tingkatan tiga. Mereka nak kata matang dah patut matang. Tetapi entah lah. PUNCA...Mungkin tiada didikan agama dan moral yang kuat di rumah. Di sini ibu bapa harus dipersalahkan kerana tidak mendidik anak dengan didikan rohani yang mencukupi. Maklumlah.. keluarga bandar... manalah ada masa untuk mendidik anak. Kalau mereka mendidik anak dengan cara baik pun tentu si anak ini sendiri yang mempunyai attitude problem, anak yang bermasalah. PUNCA.. Pengaruh rakan sebaya. Konsep 'cool' pula memburukkan keadaan remaja kini kerena mereka merasa diri mereka 'cool' jika mereka membuat perkara terkutuk apatah lagi perkara itu mempu mengaibkan orang lain. Apabila mereka berjaya memalukan orang lain, mereka berasa diri mereka itu hebat.

Bulan lepas, aku menegur seorang pelajar tingkatan 3. Mungkin kesalahanku ialah teguran yang kuberi dihadapan kelas. Mungkin dia malu. Tapi kalau dah 100 kali cakap tapi tetap tidak berubah nak buat macam mana. Dan pelajar ini di hadapan kelas mengatakan bahawa dia doakan bahawa ibu dia mati. Itu yang aku dengar. Aku tegur sikapnya. Aku rujuk pelajar tersebut ke kaunselor. Menurut kaunselor, dia bukan mendoakan agar ibunya mati.. tetapi AKU YANG MATI. Hahahahah Aku tersalah dengar pula. Jadi, pembaca... pada pendapat aku.. msg2 di chat box itu angkara pelajar tersebut atau yang bersekongkol dengannya. Aku sengaja tidak memadamkan atau delete ungkapan-ungakapan tersebut. Sebaliknya aku copy and paste di blog ini supaya kekal. Semoga menjadi keinsafan untuk anak-anak nakal. Suamiku seorang peguam MENASIHATI AKU SUPAYA BUAT LAPORAN POLIS. Tengoklah... Hari minggu aku buat aja laporan polis. Lagipun, entry yang aku buat ini tidak boleh dipadam oleh sesiapa kecuali aku sendiri ... Kerajaan kita pun canggih juga sekarang. Nak tangkap mereka yang melakukan kesalahan di Internet pun mudah. Tak boleh nak sembunyi. Kita ada CYBERLAW.

Mengikut pengalaman aku, pelajar mahupun ibu bapa yang mencabar guru dan tidak kena pada tempatnya, hidupnya memang tidak selamat atau bahagia. Pelajar dalam peristiwa 2005 tersebut ditangkap sendiri oleh bapanya di sebuah pub. Rekod persekolahannya sehingga ke peperiksaan SPM pun tidak baik. Ada sahaja kes yang mereka buat. Siap buat hal lagi dengan ketua pengawas. 

Kesian melihat pelajar yang ditimpa masalah akibat perbuatan sendiri. Nak buat macam mana, fikiran mereka cetek dan masih berdarah panas. Tindakan melulu seolah-olah menjadikan diri mereka nampak hebat. Tapi mereka tersilap... tindakan mereka hanya membuatkan diri mereka nampak hina. Mereka tentu ingat aku tidak kenal mereka kerana mereka menggunakan nama samaran (tak boleh nak tangkapkan). Nama dia pun BODOH... betul lah tu kot... dia sendiri yang namakan dirinya dalam ID begitu... Kalau aku tak kenal mereka pun tak apa... aku tak kisah...kerana TUHAN ITU ADA... mereka tentu akan tampak hina di mata tuhan... KERANA TUHAN MELIHAT SEGALA TINGKAH LAKU ATAU PERBUATAN YANG DIBUAT

Kalau aku kenal mereka pun aku tak kisah... pasal.. nanti dia lagi malu...
Pelajar seperti ini hanya berani buat tanpa menggunakan nama sebenar. Kalau guna nama sebenar... mereka ni tak buat kerana mereka pengecut (kata omputih... chicken)... Tujuan mereka buat seperti ini pun memang nak buat cikgu sorang ini sedih... tapi malang... cikgu tak sedih... tapi kalau nak sedihpun cuma kerana... kenapalah mak abah depa ada anak seperti ini kan? Kesian ibu bapa pelajar ini.....
 
SO CIKGU HANIM... CHEERS :)

SILA BACA.... (hiburkan diri anda)

Cikgu: Manusia yang menghina orang lain adalah manusia yang membenci diri sendiri.
10 Jun 09, 12:50
SIEW MAI: ****ER GET OUT OF TAMAN SEA LAH *****
10 Jun 09, 12:48
SIEW MAI: YOU M****ING RETARD
10 Jun 09, 02:38
Cikgu: Palajar yang bongkak yang suka menghina, mencabar guru, dikhuatiri tak berkat nanti hidupnya. Takut cikgu beremosi... nanti termakbul pula doa ini...
28 May 09, 11:56
WAN SENG: DIE LAH YOU
28 May 09, 11:55
WAN SENG: ****ER THINK YOU VERY BIG AH?
28 May 09, 11:55
WAN SENG: WHAT THE **** YOU WANT NOW?!!@# **** YOU LAH
22 May 09, 19:05
CIKGU: INSAN YANG MULIA HIDUP DIRESTUI, INSAN YANG HINA HIDUP DIRUNDUNG CELAKA. JADILAH INSAN BERGUNA.
21 May 09, 12:29
ah soim: U ADA MASALAH AH? MARILAH LAWAN SAYA BAWA BABI BARU TAU!!!!
18 May 09, 13:25
soowei: yea cikgu ..memang saya ..heheh.wah..i sangat gembirala...cikgu masih ingati saya...hahaha..hey cikgu i tak tahu cigku ada blog le..hahahacikgu blia mula bloging ?? ^^
18 May 09, 12:16
CIKGU: SAPA LAH YANG TAK BERMORAL SINGGAH BLOG CIKGU DAN CAKAP BUKAN2.
30 Apr 09, 08:52
ah soim: SIEW YORK FAN
30 Apr 09, 08:50
ah soim: CHAR siew PAU
30 Apr 09, 08:49
HELLO: HHHHHHAAAA
30 Apr 09, 08:48
HELLO: CELAKA
30 Apr 09, 08:48
BODOH: MAK KAU
30 Apr 09, 08:47
BODOH: BODOH
30 Apr 09, 08:47
BODOH: HELLO

2 comments:

ikanriang said...

Kesian sangat dekat budak2 yang berperangai macam tu. Nampak sangat kurang didikan kat rumah. Barangkali diorang ingat dgn buat bnda2 camtu kite takut ngan diorang. Tapi diorang silap. Bnde tu menampakkan yg diorang tak matang, moral zero, akal kosong, IQ negatif. Buat ape nak takut dgn orang camni? Haiya. Betul2 kesian kat diorang ni. They act foolishly and that reflects their foolishness. Kesian. Ish.Kesian sangat2lah

Hanim Salleh said...

Nasib baik hang tak jadik cikgu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...