JOM LAYAN IKLAN

Tuesday, June 9, 2009

ALHAMDULILLAH... IDA SELAMAT DIIJABKABUL



Nor polish pintu..

Daniel mandur

Abah cat rumah

Dibah bersih lantai.

Rumah yang berkecah dengan goodie bag idah.

3 hari sebelum wedding !! Still bersepah

Akad



Dah selamat...


Abah n Mak menyaksikan saat-saat penting hidup Idah



Salam pertama Pn Faridah utk emak


Flirting first kiss

PUAN Faridah


Singgahsana raja sehari

The whole family tapi Tisya je takde. Malu sebab Uncle Edi ade. Tapi waktu malam die tak malu ngan Uncle Edi die~

Yang pakai baju purple tu tandanya dah kahwin. Yang tak pakai baju purple belum kahwin. Ade sape2 nak? Lelong2

My bro-in-law n wife n si aliff penyibuk



Haaaa. Ni kena highlight kisah ni. Mahal pengantin bayar nak buat henna tu. Tapi bila tiba hari kahwin, mata tu kena letak dekat2 dengan tangan pengantin baru boleh nampak hennanya. Sian pengantin kene tipooo.



Kenangan bersama raja sehari


Den kayooo!! Bawak lari duit dalam beg ni jom!! Gi shopping!!



Another handsome boy in the family :)

Cinderella and her prince charming from the-not-very-far-away Felda Ulu Denga

Before kahwin

Tanggal 6 Jun 2009 merupakan hari yang bahagian buat kami sekeluarga terutamanya adikku Ida. Apa tidaknya... hari ini merupakan hari dia diijabkabul dengan kekasih buah hatinya yang kini adik iparku Eddy. Perjalanan kasih adikku ini amatlah panjang. Banyak yang juga tak selamat di tengah jalan. Semuanya bermula di Koko Budi setelah Ida menyendiri menyembuhkan diri setelah telantar lebih kurang setahun akibat penyakit kanser yang dihadapinya. Ida is a fighter. Dia tabah memerangi penyakit kansernya. Dia kuat... Masa sakit-sakit pun kami adik bradik dapat baju raya daripada dia melambak-lambak... Dia tak pernah buang masa masa dia sakit kat rumah. Itu lah kekuatan Ida.

Di KB dia terjupa this fella. Ala...Kak Nim tak kisah... janji ada orang sayang Ida and nak jaga Ida seumur hidup Ida. Idik ipar yang ikhlas... itu yang penting. Duit.. bila-bila boleh cari.

So... lebih kurang pukul 11.30, Si Pengantin lelaki sudah pun duduk di hadapan tok kadi, tok kadi pun memulakan khutbahnya. Antara nasihat beliau yang Kak Nim ingat... "Petua rumah tangga yang penting adalah untuk pasangan yang memahami saat-saat pasangan lain yang sedang marah. Jangan sesekali menaikkan kemarahan pasangan masing-masing. Kalau marah tunggu dahulu untuk perasaan amarahnya itu reda." Semasa tok kadi dok bagi nasihat... teringatlah pulak kak Nim masa abang fer marah Kak Nim. Kak Nim cuba lah nak pujuk diri sendiri... sembunyi dalam bilik air. Tapi A.Fer kejar Kak Nim. Biorlah.. Kak Nim ni pujuk diri sendiri jap...Tapi tidak... Maka bermulalah peristiwa yang tidak diingini... SokSekSokSek.... So... apa-apa yang tok kadi ni cakap memanglah betul. Ida kena ingat... Apatah lagi ida ni panas baran.... (Jaga-jaga Eddy)

Selepas khutbah... Idah pun diijabkabul. 2 kali lafaz... biasalah teknikal error yang first tuh... Masa tehgah lafaz... mata KakNim nih.. macam kena masuk abuk lak...

Then Ida baca lafaz untuk mak abah... Kak Nim nampak mata abah... Pun macam masuk abuk jugak.... Mak lagi lah...Kak Nim terharu... Air mata tu. kak nim tau ...air mata gembira dan terharu...

Seminggu dengan keluarga... sampai KakNim jalan terbongkok2 cam mak nenek.. akhirknya kak nim pun balik... Mak Kiss kak Nim. Mak tak pernah kiss KakNim cam tuh... Rasa macam tak nak balik...

So..untuk idah n eddy... tahniah....

*credits for Zye for the lovely pics :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...