JOM LAYAN IKLAN

Monday, April 13, 2009

Pengalaman Interview MARA - 13 April 2009

Kali ini entry aku mengisahkan pengalaman aku menamani pelajarku untuk sesi interview Mara PILN. Sesi interview dimulakan pada pkul 4 petang. Pelik jugak. Lambat benor sesinya. Mungkin ramai yang memohon kali ini.

Ketika kami tiba, hujan lebat sekali. Ketika mock interview di dalam kereta pun suara kami tak boleh dengar. Maklumlah... kereta cikgu ni cam tin kosong. Apabila kena ketuk... bisinglah bunyinya. Tak lah macam kereta mewah tuh.... hujan air batu pun tak dengar bunyi batu kena kereta.

Apabila sampai lobby Mara, maka kami pun nampaklah semua calon-calon penerima biasiswa Mara. Masing-masing menunjukkan muka yang bersemangat dan 'confident'. Kami pun ada juga nampak beberapa pelajar yang nampak over confident dan sesiapa yang nampak pelajar ini pasti rasa kecut perut... terus rasa nak menyerah kalah.... pasal muka depa memang over confident! Kelihatan di lobby itu juga opah, tok yah, mak yah, mak long, papa, mama, ummi, daddy, baby... pendek kata semua golongan ada. Tapi yang paling ketara aku dapat lihat ialah wajah-wajah ibu bapa yang penuh mengharap kejayaan anak-anak mendapat tajaan Mara walaupun daripada cara dan gaya mereka berbicara, mereka ini duit bertimbun-timbun.

Kupandang wajah anak didikku. Aku tahu riak matanya yang takut melihat suasana yang asing baginya. Maklumlah... kalau dia biasa bercampur dengan golongan elit ini atau pelajar-pelajar dari sekolah berasrama penuh atau MRSM tentu dia tidak setakut ini. Ada juga kulihat ibu bapa yang nampaknya datang dari jauh, dari Kelantan barangkali. Mereka datang memberi sokongan untuk anak mereka di sini. Tetapi anak didikku ini tinggal dekat aja... tapi datang dengan gurunya. Tapi dia kena ingat bahawa pemergiannya ke sini beserta iringan doa si ayah dan ibu yang tak terhenti-henti. Kepadanya aku telah berpesan berkali-kali, "Jangan lupa mintak ampun daripada mak abah dari hujung rambut ke hujung kaki. Mintak restu, mintak doa daripada mereka. Jangan lupa solat, minta Allah supaya diberi rahmat."

"Dah Cikgu." Tentu dia menahan gelodak jiwanya yang entah... bagai tak terkata.

Kuhantarnya sampailah ke lift selepas memfotostet beberapa salinan tawaran bersyarat UNITEN. Selepas memberikan kata-kata perangsang aku pun mencari 'port' yang sesuai untuk terus menyaksikan gelanggang harapan (tengok wajah ibu bapa, acu opah dll yang menunggu penuh mengharap). Apabila terpandang wajah mereka, aku pun teringat akan wajah ibuku. Biasanya doa ibu dimakbulkan Allah. Aku pun terus mendail.

"Mak. Anim ni... Hantar ***** gi interview kat Mara. Mak doakan biar dia dapat scholar ni eh mak... Kesian dia..."

"Insya Allah mak doakan."

Perbualan pun tamat. Hati ini, apabila dengar suara mak atau abah, pasti rasa lega dan ceria. Tersengih lebarlah aku dibuatnya. Kemudian, datanglah sepasang suami isteri ini. Peramah sungguh mereka. Entah apa topiknya, kami pun berbicara.

"Hantar anak ke?"
"Tak lah. Student."
"Mengajar sekolah? Subjek apa?"
"Aah Cikgu sekolah ngajo Form 6." (Kutahu aku tak menjawab soalan :D)
"Kenapa hantar student ni?"
"Oh... nasib dia. Nasib dia mungkin tak sama seperti anak-anak orang lain di sini. Dia susah tapi bersemangat untuk berjaya. Tuisyen pun dia tak pernah pergi. Sebelum peperiksaan SPM banyak masalah keluarga yang dihadapinya. Kesian dia. Tetapi dia kuat." Pada masa inilah macam-macam yang terbayang di ruang fikiranku. Aku tahu keadaannya pada masa itu. Tetiba terasa sebak di dada.
"Bagusnya dia! Ingatkan budak kampung aja macam tuh. Rupanya ada juga budak yang tinggal dalam bandar ada nasib begini."
"Ramai lagi macam ni. Cuma kita aja tak tahu. Jadi dia ni mencuba nasib. Kalau nak ikutkan yang lain-lain ni nampak lagi hebat."

Belum sempat nak terus berbicara, anak didikku akhirnya tiba.

"Cikgu, budaknya itu bukan?"
"Aah.. Itulah dia".

Dengan tak semena-mena dia terus hulurkan wang kepadaku ketika kami bersalaman.

"Cikgu, bagilah budak tu. Ini sedekah saya untuk dia. Saya doakan dia berjaya."

"La... tak payahlah bersusah-susah," kataku bagi pihak pelajarku.

"Tak apa..."

"Terima kasih."

Dapatlah sedikit rezki anak didikku pada hari ini. RM100 pulak tuh. Aku bersyukur kepada Ilahi keran dipertemukan dengan insan yang bermurah hati pada hari ini.

Sepanjang perjalanan pulang, anak didikku menceritakan pengalamannya ditemuduga. Pengalaman yang tidak akan dilupakannya. Pengalamannya bersama si penemuduga yang terpaksa keluar mencari tisu untuknya dek tak tercerita akan perit getir hidupnya. Cerita kisah hidupnya yang bermula dengan linangan air mata....

Dear, semoga berjaya.

4 comments:

ikanriang said...

abang yg amekkan tisu tu ensem tak agaknye? kalo abg ensem yg amekkan tisu tu, best la ***** =D

pengalaman nor gi interview petronas lak, camni:

interviewer: why do u choose petroleum engineering instead of other courses?

nor: i become interested in PETROLEUM when i first knew that Vaseline is made of petroleum :D

interviewer: ooo.. u should take chemical engineering then. coz from what u said la kan, u seem more interested to learn the PROCESS of the petroleum. and that's what chemical engineering all about.

nor: (terdiam. betol jugak kate encik ni. tapi, dgn confidentnye, nor ulang balik jawapan nor tadi, n tambah sikit2 dengan menekankan bhw nor berminat utk MENCARI PETROLEUM bile mndapat tau btape istimewenye petroleum smpi leh hasilkan mcm2 produk yg kite gune seharian.. huhu)

nor salu nampak interviewer tu kat sini, sbb die lecturer kat sini. n tiap kali nampak die, nor mesti teringat cite vaseline nor tu.. huhu

ikanriang said...

oh ye.

kak nim, nor sayang kak nim =)

rase bangge ade kakak yg baik ati mcm kak nim. u've done more than giving her rm100. and it's very priceless =)

barakallahu 'alaik ya ukhti =)

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih

Hanim Salleh said...

heheh Nor..knem baru jer baca... tp nak jugak tau... Anonymous ni siapa yer :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...