JOM LAYAN IKLAN

Tuesday, March 10, 2009

STPM 2008





Lega rasanya hatiku pada hari ini. Anak didikku tentu merasakan perkara yang sama juga. Keputusan STPM yang dijanjikan akhirnya keluar juga. Memang anak didikku gah-gah keputusannya. Hebat! Kehebatan mereka membuatkanku tumpang gembira.

Aku ke dewan hari ini. Selain ingin menyaksikan sendiri tangisan kegembiraan aku turut menemani mereka yang tidak gembira. Manalah tau kata-kata perangsang kecilku ini nanti dapat menceriakan mereka. Turut kubawa ialah sijil-sijil penyertaan pelajar-pelajar tingkatan 6 yang baru sahaja ditandatangani Puan Pengetua. Yang pasti, sijil-sijil itu merupakan alasan aku untuk melihat anak-anakku di dewan ini. Dewan BERJAYA.

Hari ini ku berjumpa dengan ramai pelajar, Yee Cheng, Charlotte, Firdaus, Zuza, Eng Eu, Darren, Swee Yin, Hai Yuen, Teck Aun, Kay Tze, Michelle, Pei Yin, Pui Yan, Yong Fei, Ian, Bear dan ramai lagi. Yang penting bukan sahaja result mereka gempak tetapi juga sikap mereka yang datang kepadaku dengan keadaan yang gembira, bangga, dan rendah diri juga. Itulah pelajarku. Aliff datang juga mencariku di kantin. Kantin sibuk dengan suasana Hari Kantin sesi petang. Sebaik sahaja dia menjumpai aku, dia menyerahkan slip keputusannya yang masih belum dibuka kepadaku.

"Cikgu bukalah slip ini", itulah permintaannya.

Aku apa lagi. Aku pun bukalah. Keputusannya juga baik. Walaupun tidak sebaik yang diharapkan, kehadirannya dengan cara yang begitu menghormati aku membuatkan aku amat terharu. Kehadirannya bukan sahaja sebagai seorang pelajar dan aku ialah guru malahan juga lebih dari itu. Sikapnya membuatkan hatiku melayang-layang kebanggaan. Berbunga-bunga rasanya gitu... macam orang bercinta semula gembiranya. Insan sesama insan. Mmmm...cikgu ni dah start merepek. Apa-apa pun... kenangan ini akan aku ingat dan ceritakan kepada sesiapa sahaja... bahawa aku ada anak didik yang memang boleh dibanggakan.

Charlotte datang selepas ponteng kerja sekejap :D Seperti biasa dia dengan kecomelan dia terkatek-katek ke meja untuk mengambil slip. Tahniah dear... 4A Menangis dia kerana terharu.

Raj pula aku cuba hubungi tetapi tak dapat. Apabila dia menghubungi aku, "Cikgu saya dapat 2A dan 2B! Dan untuk paper Cikgu saya dapat empat perpuluhan kosong." :D

Kalau cikgu nak tulis segala-galanya kat sini memang tak cukup. Kenangan tadi masih lagi segar dalam ingatan. Apa-apa yang dibualkan pun masih lagi segar. Tapi apa-apa pun Cikgu nak luahkan perasaan gembira ini. Apabila keputusan keluar, cikgu tak pernah ketinggalan untuk hadir ke sekolah bagi menyaksikan saat-saat anak-anak mengambil keputusan peperiksaan. tak kiralah sama ada keputusan tersebut keputusan SPM mahupun PMR; sama ada Cikgu mengajar mereka atau pun tidak. PMR kelmarin pun cikgu datang. Erique, Syahir, Asyrul, Mas, semuanya turut membanggakan cikgu. Sebenarnya, apabila keputusan peperiksaan diumumkan hati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Degup jantung ini bagaikan diri sendiri yang mengambil keputusan itu. Silap hari bulan, student yang nak ambil keputusan pun tak akan rasa begitu. Cikgu yang terlebih rasa suspensnya!

Lusa keputusan SPM pula. Apa khabarlahkeputusan anak didikku yang bernama Adibah. Banyak dugaan hidup yang perlu ditempuhinya. Tak kulupa juga keputusan anak-anak 5Br ku. Rindu mereka. Macammanalah Mok Li Ling, Han Liang, HsuCherng, Hong Chun, Wei Fern, Natasha, Mei Shan, dan lain-lain lagi? Rasa bagai ingin menyinggah blog mereka untuk melihat perkembangan mereka... Sekianlah luahanku pada hari ini. Kalaulah kehadiranku di dewan ini mengganggu perasaan beberapa pihak, aku mintak maaf.

DAN kalaulah esok ada orang yang bertanya, "Hanim, you were not required to be there in the hall yesterday. You are not important. You werenot needed there!"

And my reply would be, "Yeah, I'm not important but my students are.. for they are my inspiration and because of them... I'm a CIKGU HANIM".

Luv, Teach

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...