JOM LAYAN IKLAN

Sunday, February 8, 2009

"ADIK ABAH DAH TAK ADA"


My Sayang and Pak Long, Abah's BIL

My Mom and Pak Long

My dad and Pak Long

Ayed anak arwah.

Gus anak arwah.

"ADIK ABAH DAH TAK ADA. ADIK ABAH DAH TAK ADA"

Itulah kata-kata yang hanya mampu keluar dari mulut abah apabila aku memeluknya. Tidak pernah dalam hidupku aku melihat Abah menangis teresak-esak sebegitu rupa.

"Abah tak dapat jumpa dia. All I want is to see him and to talk to him... adik abah dah tak ada. He came. We had a good chat. He enjoyed eating Mak's curry mee but I did not know that would be the last. Anim... adik Abah dah tak ada...".

Terbukti bahawa pelukanku masih tidak dapat menenangkan perasaan Abah yang begitu sedih. Aku melihat akan nenekku yang tampak jauh lebih tabah daripada Abah. Aku melihat akan mayat Puk Su. Begitu tenang sekali wajahnya. Cal, Wok, Ayed, Fahmi, Daus, Muksu, semua berada disampingnya. Keadaan begitu sayu sekali. Allahyarham akan dibawa ke masjid selepas kepulangan anak perempuannya dari Jakarta dan seorang lagi anak lelakinya daripada Filipina. Pemergiannya amat mengejutkan kami semua. Kami tidak langsung tahu bahawa dia sedang sakit. Begitu juga dengan ahli keluarganya. Aku mendapat berita yang mengejutkan ini pada awal pagi tadi. Itu pun Idah yang memaklumkan kepadaku. Ketika adikku menghubungiku, aku dapat mendengar tangisan Abah. Perasaan aku tidak keruan apabila mendengar tangisan Abah. Aku redha dengan pemergian pakcikku tetapi aku terfikir pula akan perasaan Abah ketika itu. Abah tidak seperti insan lain yang aku kenal. Jiwanya jauh begitu sensitif daripada anak-anaknya mahupun daripada isterinya.

Nor telefon dan aku tahu yang dia hanya ingin tahu akan keadaan Abah.

"Abah OK ke? Abah nangis ke?"

Itu sahaja pertanyaan yang keluar daripada mulut adikku yang tidak kubenarkan untuk pulang melihat pengkebumian Puksu. Biarlah dia di UTP. Doanya untuk Pakcikku pasti sampai... InsyaAllah. Jelas... semua anak-anak Abah sayangkan Abah. Semuanya risaukan Abah.

Pakcikku yang kembali ke rahmatullah pada hari ulangtahunnya yang ke 69 sudah tahu bahawa dia akan pergi. Untuk itu, dia berusaha untuk ke rumahku berjumpa Abah untuk maklumkan bahawa Kak Long mereka ingin hantar Abah ke Mekah untuk menunaikan haji. Puksu ingin khabarkan Abah berita gembira itu walaupun terpaksa menaiki bas dari Segamat ke Johor. Puksu tidak kuat untuk memandu kerana penglihatan yang kini kurang jelas. Tetapi itu tidak pernah manghalangnya untuk bertemu Abah... khabarkan kepada Abah berita gembira dan untuk bersama Abah buat kali terakhir. Itulah agaknya yang difikirkannya sebelum bertemu Abah hari itu...

"Kita redhakan pemergian Puksu k Abah." Itu sahaja kata-kata yang mampu kuluahkan sambil meleraikan pelukanku.

Aku melihat wajah Puksu di sebalik kain kafan yang menutupi badan dan sebahagian kepalanya. Wajahnya tidak tumpah wajah Abah. "Ya Allah... jika ini Abah, apakah yang harus kulakukan? Berilah aku kekuatan... Panjangkanlah umur kedua-dua orang tuaku Ya Allah. Aku belum puas berbakti untuk mereka Ya Allah."

Tetiba aku mendengar suara yang biasa kudengar. Suara satu-satunya anak perempuan Puksu. "Ampunkan Uda ... Ampunkan Uda... Tolong ampunkan Uda." Anaknya telah kembali dari Jakarta. Tubuhnya longlai melihat Puksu. Mendengar kata-katanya meminta ampun membuatkan otakku laju berfikir. Soalan demi soalan menerpa dalam kotak fikiranku... Abah... Adakah Abah akan ampunkan anak Abah seorang ini? Sempatkah Anim minta ampun daripada Abah? Dapatkah Anim sujud di kaki Abah untuk mohon keampunan? Anim tahu anak Abah seorang ini selalu menyakiti hati Abah. Tolonglah Abah ... Ampunkan Anim Abah. Semua yang hadir hanya mampu menahan air mata. Kedengaran juga esakan dari sana sini terharu melihat si anak yang masih tidak dapat terima kenyataan bahawa si ayah telah pergi.

Gus tiba. Sesudah mengucupi Puksu buat kali terakhir mayat diangkat. Ketika Puksu diangkat anak-anak untuk dibawa ke kenderaannya yang terakhir, Abah sudah tidak dapat menahan perasaannya. Dia keluar. Dia menangis. Terenjut-enjut bahunya.

"Abah... Abah pergi kubur?" Aku bertanya. Abah hanya mengangguk lemah. Aku sediakan kasut abah.

"Sayang... take care of Abah. He's so down," kataku kepada suamiku. Suamiku pun hanya mengangguk sahaja.

Aku melihat Abah. Air matanya terus berlinangan. Dia berusaha menyapu linangan airmatanya dengan menggunakan tisu basah dan juga telah hancur.

Itulah kenangan semalam. Semalam kami anak-anak bawa Abah menikmati makanan laut di Pasir Gudang. "Abah... Anim cannot bring your brother back to life but.. hopefully this could cheer u up a little bit". Abah cuma tersenyum. Malam itu Abah makan. Aku rasa dia makan kerana ingin menjaga perasaan anak-anaknya.

Dan pagi ini aku pulang ke PJ. Abah masih bersedih. Namun, sekurang-kurangnya tiada lagi linangan air mata. Kami semua pergi ke rumah Mokde untuk melawat Pokdeku yang kini juga sakit. Aku pulang sejurus selepas itu. Menurut Anna, ketika dia berada di rumah Mokde... Abah datang.. Katanya nak lihat cucu. Abah masih tidak sanggup untuk melepaskan cucunya. Abah takut tak jumpa cucunya lagi. Kata-kata Anna menerangkan perilaku Abah membuatkan aku takut... Abah... Anim masih tak bersedia untuk Abah pergi... Agaknya Abah sepertiku... Banyak berfikir akan kematian. Bersediakah kita? Cukupkan amalan kita? Bagaimanakah orang-orang yang kita sayangi? Ingatkah mereka akan kita yang sudah mati?

Apa-apa pun sebagai seorang muslim, aku percaya bahawa apa-apa yang Abah inginkan ialah doa daripada anak-anak Abah. Abah nak Abah meninggalkan semua dalam keadaan yang tenang dan bahagia. Abah inginkan amalan abah diterima Allah. Dan untuk itu... aku tahu yang Abah ingin sekali mendambakan dirinya kepada yang Maha Esa pada setiap hari setiap masa setiap saat. Abah ingin pulang ke Allah bagaikan kain yang putih. Abah ingin meminta ampun daripada sesiapa sahaja yang Abah jumpa. Pulangnya dari Segamat semalam, aku lihat Abah bersalaman sengan semua orang. Abah bersalaman dengan Pak Long. Abah minta maaf daripada Pak Long. Pak Long turut meminta ampun. Tat kala aku menyaksikan semuanya, terdetik di hatiku mengesakan Allah dan menyaksikan kesucian agama ini. Keinginan seorang hamba yang sedar bahawa perilakunya di dunia ini hanyalah untuk Allah. Kesedaran hambanya yang menyedari bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara dan yang abadi adalah di akhirat sana. Kesedaran bahawa hanya yang baik diterima.

Hari ini aku nilai diri aku sebagai seorang anak, seorang seorang kakak dan seorang hamba Allah. Ternyata aku ini serba kekurangan. "Ya Allah ampunilah aku. Ampunilah dosa kesalahan orang tuahku. Semoga aku ditabahkan hati untuk menempuh dugaanmu dan dikuatkan semangat untuk berbakti kepada orang tuaku dan keluargaku tidak juga lupa untuk agama dan anak bangsaku. Amin ya rabbal 'alamiin". Semoga Allah mendengar doaku. Perkenankanlah doaku.


T-sha cired... oasal Uncle Eddy ada...
Her only son left... Abah

Kat Senibong... after the funeral.. to cheer up Abah..
But he is still sad....

Sayang and Ariff played cards with Aliff tapi kena tipu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...