JOM LAYAN IKLAN

Friday, January 9, 2009

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat tahun baru kuucapkan kepada semua,
Tahun baru kali ini, aku berjumpa dengan wajah-wajah baru. 2 kelas iaitu 3Mawar dan juga 4 Bunga raya. Masik aku ingat ketika aku sedang tercari-cari kelas 3 Mawar, pelajar-pelajar kelas tersebut menjerit-jerit memanggil namaku. Ceria sahaja mereka memanggilku. Memasuki kelas tersebut dan cuba menghafal nama-nama mereka amat mencabar bagiku kali ini. Maklumlah ...dah tua.... Banyak neuron yang dah rosak dan lembab.

Kelas 4Br rata-ratanya merupakan pelajar cemerlang dalam PMR. Teringat pula aku batch 5 Br buah hatiku tahun lepas. Dek rindu mereka, aku tayangkan kepada junior mereka akan tugasan drama yang dihasilkan mereka. Pelajar-pelajar 4Br melihat hasil kerja mereka dengan penuh pegun... Hehehhe Sayangku 5Br 2008, kat mana-mana kamu berada pun cikgu tetap akan bangga terhadap kamu semua.

6 Atas Kenanga dan Teratai seperti biasa sahaja. Dears.... Cikgu akan belanja juga kamu makan nanti!!! Sabor yer..... Semua mesti ingat yang Cikgu dah lupa janji-janji Cikgu. Kalau Cikgu buat masa cuti... nanti mei ling tak dapat ikut serta kerana dia di pinang. Tak seronoklah nanti....

Kepada semua pelajar,

Tahun ini jangan nakal-nakal ye... Ikut cakap cikgu... Jangan lupa buat homework juga tau!!

1 comment:

ikanriang said...

banyak2 kan la main game yg latih otak berfikir unutk melatih neuron kite.
bukan main org kampung je taw!
ngeh3

meh nak update pasal org kampung kak nim.
population:71
food:dekat 50 ribu, ini bemakne kite da adpt 6 award !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...