JOM LAYAN IKLAN

Monday, January 12, 2009

DIBA DI TINGKATAN SATU; ALIFF DI DARJAH SATU

Maka bermulalah kehidupan adikku di tingkatan satu di sekolah primer di JB; SIGS. Memandangkan dia tak dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh dan masih menunggu tawaran untuk ke MRSM maka belajarlah dia di sekolah tersebut...

Tak sangka pembelajaran di sekolah tersebut penuh dengan dugaan. Maklumlah... rata-rata pelajarnya merupakan pelajar cemerlang dan ramai juga dari kalangan keluarga yang berada. Hari pertama di sekolah sana, menurut Diba dia ingin membuat kawan. Maka dia mulalah menegur beberapa orang rakannya di kelas dengan memulakan perbualan, "Hai, saya Diba. Nama awak siapa?". Respons yang dia dapat - hanyalah jelingan tajam.... Alahai... kesiannya adikku ini..

Perbelanjaan hari di sekolah menengah memang sangat mahal. Di sekolah rendah, mee goreng hanya RM1 sahaja tetapi di sekolah menengah semuanya berharga RM2 dan ke atas. Antara menu harian adalah, 'chicken chop', mee rebus, mee soto, nasi pataya, dll. Kalau makan di sekolah maknanya duit kocek sekurang-kurangnya RM4 sehari. Jika stay back untuk kokurikulum pula mesti ada lebih kurang RM12 sehari termasuklah duit tambang ke sekolah pada sebelah pagi. Kokurikulum perlu dihadiri sebanyak dua kali seminggu dan pada setiap hari Sabtu juga. Kalau nak diikutkan, ibuku dah pun bayar duit tambang van sekolahnya sebanyak RM90 sebulan. Mahal tuh! Tapi adikku Diba ni seorang anak dan adik yang memahami masaah kewangan keluarga. Dia hanya membawa RM2 sahaja setiap hari dan akan cuba untuk tidak membelanjakan duit tersebut. :'((

Tapi nasib baiklah adikku ni jenis tak meminta-minta. Hari ini ketika aku menghubunginya untuk bertanya khabar, dia dengan bangganya memaklumkan bahawa dia membawa bekal untuk ke sekolah. Dia tak rasa rendah diri pun apabila membawa bekal ke sekolah... walaupun ikan goreng sahaja. Huhuhu... :(( sebak hatiku mendengarkannya.

Aktiviti kokurikulum adik bongsuku ini agar menarik. Dia menyertai band... walaupun lah dia tidak pun pandai membaca togeh. Maklum lah.. ketika di SK Kempas, guru musik di sana tidak pernah mengajar. Asal waktu musik sahaja mereka akan bersembang... Jadi, kiranya adikku ni.. dia menyertai band.. tapi kira buta note lah tuh... Mmmm...tak per lah... biar cikgu band dia akan mengajar dia membaca...

Itu cerita adikku... cerita anak buahku Aliff Haikal lain pulak ceritanya! Duit poket dia pun RM2 sehari. Sama dan barangkali lebih daripada 'untie'nya. Pensil warna luna yang kubelikan dah banyak hilang. Menurut mamanya, makanan di kantin sekolah tersebut mahal. Maklumlah... sekolah kluster Bukit BIntang... Dia pun masih dalam keadaan terkejut kerana dia tak pernah sangka bahawa dia kena pergi sekolah dalam keadaan yang masih 'malam' lagi. Setiap waktu rehat, mamanya akan ke sekolah untuk membawa bekal atau mengajarnya untuk berbelanja di kantin sekolah. Apa-apa pun... Aliff nampaknya tak lah tertekan seperti untie Diba yg memang banyak dugaan.

Apa-apa pun, aku doakan agar insan-insan ini dikuatkan semangat untuk menuntuk ilmu pengetahuan. Untuk Adibah, "Kak Nim ni... bukanlah seorang yang mewah untuk memewahkan Dibah. Tapi Dibah, Kak Nim akan buat yang terbaik untuk Dibah. Kak nim dan kakak-kakak yang lain tak mau lihat Dibah susah. Dibah pun... janganlah malas untuk belajar. Belajarlah rajin-rajin. Kak nim tak nak pun tumpang harta Dibah... cuma nak lihat Dibah bahagia. Dibah bahagia kak nim pun bahagia. Kak Nim selalu cakap bahawa kak Nim tak nak adik-adik susah. Kalau adik adik susah nanti adik-adik akan hilang confidence, dan kalau hilang confidence maka hilanglah kekuatan. Kak Nim tak kuat kalau tengok adik tak kuat. Kerana kekuatan Kak Nim adalah dengan melihat kekuatan adik-adik Kak Nim yang Allah berikan.

CAYO ADIK-ADIKKU....

Friday, January 9, 2009

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat tahun baru kuucapkan kepada semua,
Tahun baru kali ini, aku berjumpa dengan wajah-wajah baru. 2 kelas iaitu 3Mawar dan juga 4 Bunga raya. Masik aku ingat ketika aku sedang tercari-cari kelas 3 Mawar, pelajar-pelajar kelas tersebut menjerit-jerit memanggil namaku. Ceria sahaja mereka memanggilku. Memasuki kelas tersebut dan cuba menghafal nama-nama mereka amat mencabar bagiku kali ini. Maklumlah ...dah tua.... Banyak neuron yang dah rosak dan lembab.

Kelas 4Br rata-ratanya merupakan pelajar cemerlang dalam PMR. Teringat pula aku batch 5 Br buah hatiku tahun lepas. Dek rindu mereka, aku tayangkan kepada junior mereka akan tugasan drama yang dihasilkan mereka. Pelajar-pelajar 4Br melihat hasil kerja mereka dengan penuh pegun... Hehehhe Sayangku 5Br 2008, kat mana-mana kamu berada pun cikgu tetap akan bangga terhadap kamu semua.

6 Atas Kenanga dan Teratai seperti biasa sahaja. Dears.... Cikgu akan belanja juga kamu makan nanti!!! Sabor yer..... Semua mesti ingat yang Cikgu dah lupa janji-janji Cikgu. Kalau Cikgu buat masa cuti... nanti mei ling tak dapat ikut serta kerana dia di pinang. Tak seronoklah nanti....

Kepada semua pelajar,

Tahun ini jangan nakal-nakal ye... Ikut cakap cikgu... Jangan lupa buat homework juga tau!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...